Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Zelensky selar Russia cuba padam sejarah, budaya Ukraine lepas serangan ke atas muzium

Apr 27, 2023 | 05:30 AM



KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata Russia cuba memadamkan sejarah dan budaya Ukraine, selepas serangan peluru berpandu ke atas sebuah muzium membunuh dua orang dan mencederakan 10.



Ketika memberi maklumat terkini dalam amanatnya menerusi video pada Selasa, Encik Zelensky melaporkan bahawa serangan itu dilakukan ke atas sebuah muzium sejarah tempatan di Kupiansk, sebuah bandar timur laut.



Beliau juga memberi maklumat terkini dalam amanat video pada petangnya.



"Russia membunuh dua wanita dengan serangan ini... 10 orang cedera, mereka telah diberikan bantuan yang diperlukan," katanya.



Sebelum ini, Encik Zelensky melaporkan bahawa seorang terbunuh, dengan menuduh Russia "membunuh orang Ukraine secara kejam" dan "melakukan segala-galanya untuk memusnahkan kita sepenuhnya. Sejarah kita, budaya kita, rakyat kita".



Beliau menyiarkan video di Telegram yang memaparkan orang berpakaian seragam tentera berjalan melalui runtuhan bangunan yang musnah sebahagiannya.



Dalam ucapan videonya, Encik Zelensky berkata Russia secara keseluruhan telah memusnahkan lebih 60 muzium dan galeri.



Ukraine menawan semula Kupiansk, hab rel utama di timur laut negara itu, pada September.



Namun dikhuatiri bahawa Russia mungkin memberikan tekanan untuk menawan semula bandar itu dan Ukraine mengarahkan penduduk di situ supaya pindah pada awal Mac. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >