Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

DPPMS akan bantu firma Melayu luaskan jaringan pelanggan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DPPMS akan bantu firma Melayu luaskan jaringan pelanggan

May 08, 2014 | 06:57 PM



DEWAN Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) akan meningkatkan dan mengukuhkan acara menjalin rangkaian yang dianjurkan bagi membantu syarikat kecil dan sederhana (SME) Melayu/Islam mendekati lebih ramai pelanggan bukan Melayu.


Ini menyusuli hasil tinjauan terkini ke atas peniaga Melayu yang menunjukkan bahawa semakin ramai SME kini berusaha mempelbagaikan pelanggan mereka.


Tinjauan oleh DPPMS dan DP Information Group (DP Info) ke atas lebih 500 SME itu mendapati jumlah responden yang tertumpu kepada pasaran Melayu sahaja (sasaran klien Melayu melebih 80 peratus) susut kepada 25 peratus berbanding 37 peratus pada 2007.


Sekitar 45 peratus responden pula mempunyai pelanggan Melayu/Islam yang menyumbang kurang daripada 30 peratus urus niaga, berbanding 21 peratus pada tinjauan 2007.


Dari segi sektor, bidang binaan, pengangkutan dan simpanan serta pengilangan mempunyai lebih ramai pelanggan bukan Melayu/Islam, berbanding sektor lain.


Dapatan tinjauan itu telah didedahkan dalam Sidang Perniagaan Melayu/Islam (MMBC) kelmarin.


Presiden DPPMS, Encik Zahidi Abdul Rahman, berkata perubahan trend itu memang sudah sewajarnya berlaku di kalangan peniaga Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >