Dua tumpuan utama Menteri Kewangan baru Heng Swee Keat

MENTERI Kewangan yang baru, Encik Heng Swee Keat, telah menggariskan dua tugas utamanya - bekerja rapat dengan agensi, syarikat dan kesatuan demi mewujudkan ekonomi rancak; dan meneliti perubahan besar dalam ekonomi global.

Bercakap selepas melawat hab sehenti JTC LaunchPad @ one-north tadi, Encik Heng yang akan mengetuai membentuk sebuah jawatankuasa mengenai 'Ekonomi Masa Depan' , yang menyemak ekonomi  Singapura berkata usaha menyemak semula dan menilai ekonomi sekarang adalah bertepatan waktu kerana keadaan ekonomi dan kewangan global yang pesat berubah.

Semalam (Khamis), Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan Encik Heng akan membentuk sebuah jawatankuasa untuk menyemak ekonomi serta mengkaji cara mewujudkan peluang dalam suasana ekonomi global yang lemah dan membawa Singapura lebih pantas lagi ke arah kemahiran, inovasi dan produktiviti lebih tinggi.

"Dua peranan utama untuk Kementerian - pertama untuk saya bekerja rapat dengan agensi ekonomi, syarikat dan kesatuan untuk melihat bagaimana untuk terus mewujudkan ekonomi yang rancak walau di tengah-tengah kelembapan global.

"Inilah caranya untuk kami mewujudkan lebih banyak peluang untuk rakyat untuk pekerjaan baik dan perniagan baru.

"Dengan ekonomi yang berkembang, kita dapat menjana sumber untuk melabur pada masa depan, melabur dalam pendidikan dan menjaga mereka yang memerlukan," ujar beliau.

Dua isu setempat yang akan dipertimbangkan dalam membuat penilaian dan menentukan masa depan ekonomi Singapura adalah pertumbuhan tenaga kerja yang lebih perlahan serta bilangan penduduk yang semakin menua, tambah Encik Heng.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 49
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.