Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Ingin galak masyarakat bersenam, jalani hidup sihat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

DULU HOBI, KINI SUKAN JANA $$$

Ingin galak masyarakat bersenam, jalani hidup sihat

Sep 19, 2019 | 05:30 AM



SEMANGAT menggalak masyarakat Melayu/Islam untuk bersenam mendorong Cik Haslinda Ali memulakan gerakan FitFab lima tahun lalu.



Bermula dengan 10 anggota pada 2013, beliau kemudian meluaskan gerakan sihat itu sebagai satu perniagaan berdaftar, Fitfab by Haslinda Ali Pte Ltd setelah melihat permintaan yang kukuh.



Kini syarikat itu telah menarik 300 anggota, dengan 90 peratus daripada mereka merupakan wanita Melayu.



"Saya masih ingat semasa saya mulakan gerakan sihat di Jurong lima tahun lalu, kami menarik 10 wanita sahaja. Tetapi, lama kelamaan semakin ramai orang yang ingin turut serta. Mereka bukan sahaja mahu mengikuti bootcamp kami pada hujung minggu tetapi pada hari biasa juga. Kini, FitFab mempunyai 13 bootcamp pada hujung minggu dan lima pada waktu biasa," kata personaliti media berusia 48 tahun itu yang juga seorang jurulatih jasmani bertauliah.



Menurutnya, keinginan wanita untuk kelihatan cantik dan mengurangkan berat badan mendorong permintaan itu.



"Dulu, masa emak-emak kita, mereka semua makan makanan yang sihat. Kini, pilihan makanan kita luas dan kita juga ingin kelihatan cantik. Justeru, permintaan bagi kelas-kelas ini bertambah," katanya.



Beliau mempunyai dua jurulatih jasmani tetap yang digajikannya serta sembilan jurulatih sambilan.



Selain mengendalikan bootcamp yang mengajar anggota untuk menjalankan pelbagai jenis senaman secara berkumpulan, mereka juga mengendalikan bimbingan jasmani secara perseorangan.



Beliau mengenakan harga dari $15 sejam bagi menyertai 'bootcamp' secara berkumpulan.



"Secara jujur, terdapat ramai pembimbing jasmani yang menawarkan khidmat yang sama. Ada yang menawarkan harga lebih rendah dan bukan pembimbing bertauliah. Untuk bertahan, saya tidak boleh bergantung kepada bootcamp sahaja tetapi menawarkan perniagaan lebih luas yang memaparkan gaya hidup menyeluruh dari bengkel memasak secara sihat dan menjual pakaian senaman menggunakan jenama saya sendiri," ujarnya.



Melihat kesukaran wanita bersaiz gempal mendapat pakaian jasmani yang sesuai, beliau juga menempah pakaian dengan saiz besar bagi menampung keperluan mereka.



Melalui syarikat pelancongan Dreamcation yang juga dimiliki beliau, Cik Haslinda mengadakan lawatan wisata yang disertakan dengan senaman.



"Misalnya, semasa kami ke Langkawi dan Pulau Pinang menaiki kapal cruise, kami juga menawarkan senaman di atas kapal," jelasnya.



Bahkan, untuk memudahkan para anggotanya, beliau juga membangunkan laman, HaslindaFitFab.com yang membolehkan para anggota mendaftar dan membayar dalam talian.



"Apabila permintaan bertambah, saya perlu meningkatkan tahap profesionalisme perniagaan ini dengan mempunyai lelaman yang membolehkan mereka membeli barangan saya, mendaftar bagi kelas dan membuat bayaran," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >