Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pasaran Asia mulakan minggu ini dengan kenaikan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pasaran Asia mulakan minggu ini dengan kenaikan

Jan 09, 2017 | 12:04 PM



HONG KONG: Pasaran Asia meningkat pada Isnin (9 Jan), mengikut petunjuk kukuh dari New York, di mana dua daripada tiga indeks utama ditutup pada paras tertinggi rekod.



Tanpa banyak perkara bagi memacu perniagaan dari Asia, pelabur mencontohi rakan-rakan mereka di Amerika Syarikat, yang kekal yakin bahawa bakal presiden Donald Trump akan memperkenal langkah-langkah yang akan menyemarak ekonomi utama dunia itu.



Laporan pekerjaan Amerika pada Jumaat menyediakan petanda bercampur-campur, dengan jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan pada Dis kurang daripada jangkaan, tetapi angka November telah disemak naik. Ia juga menunjukkan pendapatan setiap jam purat meningkat daripada bulan sebelumnya.



Di Wall Street, Dow naik ke 0.37 mata daripada paras 20,000 sebelum turun sedikit, tetapi Nasdaq dan S & P 500 masing-masing berakhir pada paras tertinggi.



Bacaan yakin itu merebak ke Asia, dengan saham Singapura dibuka lebih tinggi dengan penanda aras Indeks Straits Times pada paras 2,962.63 pada awal dagangan, meningkat 0.29 peratus, atau 8.49 mata.



Hong Kong naik 0.3 peratus pada pagi, Sydney melonjak 1.2 peratus dan Shanghai dan Seoul naik sedikit, manakala di Wellington dan Jakarta juga terdapat keuntungan.



Encik Stephen Innes, peniaga kanan di Oanda, berkata tumpuan akan diberi pada ucapan ketua Rizab Federal (Fed) Amerika, Dr Janet Yellen, pada Jumaat (13 Jan), yang akan memberi lebih banyak petunjuk tentang gambaran kenaikan kadar faedah akan datang.



Dengan janji Encik Trump bahawa beliau akan melakukan pemotongan besar perbelanjaan dan cukai dijangka menaikkan inflasi, Fed dijangka menaikkan kadar sekurang-kurangnya tiga kali tahun ini, selepas kenaikan Disember lalu.



"Memandangkan pasaran memberi tumpuan pada semua perkara berkaitan Fed, kita mungkin menghadapi sesi sibuk (di Asia-Pasifik) pada akhir minggu ini," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >