Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Pengurus cawangan Singapura Falcon Bank hadapi 16 tuduhan berkaitan 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Pengurus cawangan Singapura Falcon Bank hadapi 16 tuduhan berkaitan 1MDB

Jan 05, 2017 | 11:57 AM



PIHAK berkuasa Singapura telah mengenakan ke atas bekas pengurus cawangan Singapura bank Falcon Private Bank, Jens Sturzenegger, 16 tuduhan berkaitan siasatan ke atas dana pelaburan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB).



Sturzenegger, 42 tahun, dijangka mengaku bersalah pada 11 Jan. Ini didedahkan di mahkamah pada Khamis (5 Jan). Dia dibebaskan dengan ikat jamin $80,000.



Sturzenegger orang kelima tetapi warga asing pertama didakwa di Singapura di tengah-tengah siasatan global ke atas kegiatan pengubahan wang haram dan rasuah syarikat Malaysia itu.



1MDB secara konsisten menafikan sembarang salah laku.



Oktober lalu, Falcon Bank menjadi bank kedua yang ditutup pengawal selia Singapura berkaitan kes 1MDB, selepas BSI pada Mei.



Dalam salah satu tuduhan, Sturzenegger dituduh bersubahat dalam kegagalan Falcon mengemukakan laporan mengenai transaksi mencurigakan berkaitan aliran masuk AS$1.265 bilion ($1.82 bilion) ke dalam dua akaun bank Falcon antara 21 dan 25 Mac 2013, kepada Pejabat Pelaporan Transaksi Mencurigakan di Jabatan Ehwal Perniagaan (CAD).



Dalam satu lagi pertuduhan, Sturzenegger didakwa memberi maklumat palsu kepada pegawai CAD bahawa dia bertemu Eric Tan, rakan perniagaan seorang peniaga Malaysia, Encik Low Taek Jho, pada 14 Mac 2013, sedangkan dia sebenarnya bertemu Encik Low sendiri.



Sturznegger dituduh menyebabkan pegawai CAD "terlepas menyiasat hubungan" antara Encik Low dengannya.



Encik Low, yang sering dirujuk sebagai Jho Low, orang kepercayaan keluarga Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, dan antara tokoh yang didakwa di sebalik urusan mencurigakan 1MDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >