Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Samsung hentikan pengeluaran Galaxy Note7

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Samsung hentikan pengeluaran Galaxy Note7

Oct 12, 2016 | 09:44 AM



JURUCAKAP Samsung mengesahkan pada Selasa (11 Okt) bahawa syarikat itu telah "menghentikan selama-lamanya" pengeluaran telefon pintar perdana terbarunya - Galaxy Note7 - hanya dua bulan selepas pelancarannya.



Ini kali pertama perkara sebegini berlaku pada sembarang pembuat telefon.



Langkah itu berikutan beberapa laporan bahawa telefon tersebut mengeluarkan asap atau terbakar di Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Australia.



"Demi manfaat keselamatan pengguna, kami menghentikan jualan dan pertukaran Galaxy Note7 dan akibatnya, memutuskan menghentikan pengeluaran," kata jurucakap syarikat itu Singapura.



Huraian bagi pengguna di Singapura akan diumum tidak lama lagi, ujar beliau.



Dalam pada itu, pelanggan boleh meminta peranti pinjaman model lain dari pusat servis Samsung di Westgate, tertakluk pada ketersediaan.



Saham Samsung ditutup 8 peratus lebih rendah pada Selasa pada harga 1,545,000 won ($1,890).



Samsung, pembuat telefon terbesar di dunia, mungkin menanggung kos sebanyak AS$18 bilion ($24.8 bilion) akibat masalah itu, kata Bloomberg.



Langkah menghentikan pengeluaran menimbulkan persoalan, termasuk apa yang menyebabkan kelemahan kritikal itu, yang terus melanda Note7 walaupun selepas set asal diganti.



Samsung berkata ia masih menyiasat.



Pada Selasa (11 Okt), syarikat itu dan Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna Amerika Syarikat menasihatkan pengguna supaya jangan menggunakan telefon itu disebabkan kebimbangan kebakaran, termasuk bagi telefon pengganti, yang seharusnya selamat.



Note7, yang dilancarkan pada Ogos, bertujuan menyaingi Apple iPhone 7, yang dikeluarkan bulan lalu.



Puluhan ribu pelanggan di Singapura telah menuarkan Note7 yang rosak mereka dengan set pengganti. Sebilangan kecil terpaksa menukar telefon mereka dua kali, selepas telepon pengganti juga didapati terlalu panas dan kuasanya cepat habis semasa ia dicas.



Samsung tidak menawar bayaran balik kepada pengguna Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >