Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Badan amal S’pura usahakan penanda aras baru jejak kesihatan mental di tempat kerja

Mar 15, 2024 | 06:09 PM



Satu penanda aras baru sedang dibangun untuk membantu majikan memperbaiki rasa sejahtera dalam kalangan kakitangan, di samping menunjukkan kepada mereka kepentingan berbuat demikian dalam perniagaan.

Banyak pertubuhan memberi tumpuan kepada pelbagai program pekerja, seperti kaunseling, pengurusan stres, malah kelas yoga, apabila melaporkan usaha meningkatkan daya tahan mental di tempat kerja.

Kini, sebuah badan amal tempatan, Workwell Leaders (WWL), ingin menjejak kesan terhadap pekerja akibat perubahan yang dibuat kepada tingkah laku di tempat kerja, beban kerja dan rekaan kerja, kerjasama pasukan, serta semangat kekitaan.

WWL, yang menggalak kepimpinan dalam kesejahteraan di tempat kerja, juga ingin memaparkan nilai yang dibawa oleh pekerja yang lebih gembira dan lebih berdaya tahan kepada produktiviti, pengurangan bilangan pekerja dan inovasi, lapor The Straits Times (ST).


Ia telah menubuhkan satu kumpulan kerja untuk melakar satu kajian penyelidikan yang mengenal pasti pelbagai amalan terbaik untuk digunakan sebagai penanda aras oleh pertubuhan tempatan, tanpa sebarang bayaran.

WWL berkata kumpulan itu berharap dapat menyelesaikan parameter kajian menjelang akhir Oktober.

Badan amal itu akan menugaskan kajian itu dan berharap dapatannya dapat dikeluarkan menjelang akhir 2024 atau 2025.

Pengerusi WWL, Cik Anthea Ong, berkata ia akan menjadi penanda aras sedemikian yang pertama di dunia.

Cik Ong, mantan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), menambah bahawa syarikat lebih besar mungkin yang pertama menggunakan penanda aras itu.

Namun, penanda aras tersebut akan direka untuk menggalak syarikat besar memindahkan amalan terbaik kepada rantaian bekalan mereka, iaitu syarikat kecil dan sederhana (SME).

“Sama ada ia sokongan rakan sebaya, sumber latihan, latihan bagi Bantuan Kecemasan Kesihatan Mental (MHFA), malah mewujudkan kumpulan sokongan rakan sebaya yang turut melibatkan sebilangan pekerja (pertubuhan) rakan kongsi, itulah peluang yang kami belum manfaatkan sebaiknya untuk menggalak pertubuhan lebih besar menarik (SME) bersama-sama,” ujar Cik Ong.

Sasarannya adalah melihat 25 peratus majikan di sini menggunakan penanda aras itu apabila membuat strategi dan pelaburan dalam tempoh tiga tahun selepas pelancarannya, tambahnya.

Kumpulan kerja yang membantu membangun penanda aras itu mempunyai 12 anggota daripada pemerintah, perniagaan dan ahli akademik.

Antara anggotanya termasuk dua penasihat pemerintah antarabangsa mengenai kesihatan di tempat kerja, Profesor Niki Ellis dan Profesor Dame Carol Black.

Anggota lain termasuk saintis tingkah laku, Dr Reuben Ng; dan doktor kesihatan pekerjaan dan ketua pegawai kesejahteraan, Dr Andrew Tay.   

Kedua-dua Dr Ng dan Dr Tay berkhidmat dengan Universiti Nasional Singapura (NUS).

Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (Snef) dan syarikat pengeluar lif dan eskalator Otis juga berada dalam kumpulan itu.

Cik Ong mengumumkan inisiatif tersebut pada majlis makan malam gala sempena Anugerah Workwell Leaders 2024 pada 14 Mac, yang menyaksikan Presiden Tharman Shanmugaratnam menggesa pemimpin korporat menerajui usaha menghilangkan stigma kesihatan mental.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >