Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Badan saingan S’pura teliti lanjut usul Grab beli Trans-Cab

Oct 16, 2023 | 06:25 PM



Badan yang mengawasi persaingan di sini, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS), telah selesai menjalankan semakan Fasa Satu bagi cadangan pengambilalihan Trans-Cab oleh Grab.

Bagaimanapun, CCCS dalam kenyataannya berkata ia tidak dapat membuat kesimpulan pada akhir semakan Fasa Satu sama ada cadangan pemerolehan itu tidak akan mengurangkan persaingan.

Oleh itu, CCCS perlu meneliti cadangan tersebut dengan lebih terperinci.

Dalam semakan sejak 7 Ogos lalu itu, CCCS menilaikan sama ada langkah itu melanggar Akta Persaingan.

CCCS telah menyatakan kebimbangan terhadap persaingan berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak yang terlibat dalam cadangan itu dan juga maklum balas pihak ketiga daripada pemain industri serta orang ramai semasa menjalankan semakan Fasa Satu.

Menurutnya, maklum balas pihak ketiga yang diterima CCCS adalah berkaitan kebimbangan mengenai kesan pemilikan kumpulan teksi dan kenderaan sewa Trans-Cab oleh Grab terhadap penggunaan wadah pesaing Grab oleh pemandu Trans-Cab, yang mungkin menghalang pengembangan dan kemasukan platform (atau aplikasi elektronik) pesaing Grab.

Ini memandangkan industri platform tempahan kenderaan perlu memiliki keupayaan pengembangan untuk berjaya.

Justeru, CCCS perlu menyemak kesan persaingan daripada cadangan pengambilalihan itu dengan lebih terperinci, jelasnya.

Pihak yang terlibat boleh memberi komitmen untuk menangani kebimbangan terhadap persaingan yang mungkin wujud daripada cadangan pengambilalihan itu. Jika tidak, CCCS akan meneruskan semakan Fasa Dua secara lebih mendalam, setelah menerima dokumen berkaitan daripada pihak yang terlibat.

Sebelum ini, GrabRentals dan Trans-Cab menyatakan kepada badan itu bahawa pemerolehan yang diusul tidak akan mengurangkan persaingan secara ketara di platform mahupun pasaran kereta sewa privet.

Kereta sewa privet ialah kemudahan menyewa kenderaan persendirian yang menawarkan khidmat pengangkutan seumpama teksi kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi elektronik.

Pengambilalihan Trans-Cab dijalankan oleh GrabRentals, iaitu cabang sewa kereta Grab.

Pada 20 Julai, pengendali perkhidmatan pengangkutan paling utama di sini, dilaporkan akan membeli Trans-Crab menjelang suku keempat 2023.

Pemerolehan itu termasuk kira-kira 2,200 teksi dan lebih 300 kenderaan sewa privet yang dimiliki Trans-Cab.

Dalam menjelaskan mengapa gabungan yang diusul tidak akan mengurangkan persaingan dengan banyak, syarikat itu antara lain memberitahu CCCS bahawa terdapat kekurangan halangan yang melarang pesaing daripada memasuki pasaran sewa dan platform.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >