Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Grab, Trans-Cab ujar gabungan tidak jejas saingan; CCCS mahu maklum balas awam

Aug 14, 2023 | 05:22 PM



Badan yang mengawasi persaingan sedang mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung usul Grab hendak mengambil alih syarikat teksi ketiga terbesar di sini, Trans-Cab, sedang ia menilaikan apakah langkah itu melanggar Akta Persaingan.

Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura (CCCS) berkata pada Isnin GrabRentals dan Trans-Cab menyatakan dalam dokumen yang diserahkan kepada badan itu bahawa pemerolehan yang diusul tidak akan membawa kepada pengurangan ketara persaingan di platform mahupun pasaran kereta sewa privet, lapor The Straits Times.


Kereta sewa privet ialah kemudahan menyewa kenderaan persendirian yang menawarkan khidmat pengangkutan seumpama teksi kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi elektronik.

Pengambilalihan Trans-Cab dijalankan oleh GrabRentals, iaitu cabang sewa kereta Grab.

Pada 20 Julai, ST melaporkan Grab, pengendali perkhidmatan pengangkutan paling utama di sini, akan membeli Trans-Crab menjelang suku keempat 2023.

Pemerolehan itu termasuk kira-kira 2,200 teksi dan lebih 300 kenderaan sewa privet yang dimiliki Trans-Cab. Ia juga termasuk bengkel kenderaan Trans-Cab dan operasi pam bahan api.

Dalam menjelaskan mengapa gabungan yang diusul tidak akan mengurangkan persaingan dengan banyak, syarikat-syarikat itu memberitahu CCCS pertama, terdapat kekurangan halangan yang melarang memasuki pasaran sewa dan platform.

Peluasan pesaing dalam pasaran sewa, katanya, menunjukkan pesaing boleh meluaskan tawaran mereka.

Selain itu, tidak ada halangan untuk memasuki atau peluasan dalam pasaran platform, memandangkan ia “tidak terlarang” untuk mengembangkan pengetahuan sedemikian menerusi pemerolehan atau pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan.

Pesaing, kata syarikat-syarikat itu, boleh menggunakan model ringan aset yang membolehkan mereka mewujudkan platform sedemikian tanpa memiliki kumpulan kenderaan.

Kedua, terdapat persamaan yang sedikit antara mereka. GrabRentals menyediakan kereta sewa privet yang boleh disewa pemandu, manakala Trans-Cab secara umum mengendali kumpulan teksi dengan bekalan kereta sewa privet terhad untuk disewa.

Di samping itu, platform Grab menawarkan khidmat yang memadankan pemandu teksi dan kereta sewa privet dengan penumpang, sementara Trans-Cab menawarkan khidmat tempahan telefon hanya untuk kumpulan teksinya.

Ketiga, pasaran platform dan sewa amat berpecah belah dan kompetitif, dan pelanggan boleh memilih daripada pelbagai pilihan.

Pemandu dan penumpang juga boleh bertukar antara platform, dan tidak teragak-agak untuk melakukan demikian demi harga lebih baik, mutu perkhidmatan, kesediaan atau insentif lebih tinggi, tambah firma-firma tersebut.

CCCS berkata ia akan memutuskan sama ada pengambilalihan Grab ke atas Trans-Cab akan melanggar Akta Persaingan.

Ia sedang mendapatkan pandangan melalui laman webnya tentang cara penggabungan yang diusul boleh menjejaskan harga, mutu, kuantiti dan aspek lain penyewaan teksi dan kereta sewa privet, dan penyediaan perkhidmatan di jalanan dan melalui aplikasi.

Maklum balas boleh diserah hingga 5 petang pada 25 Ogos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >