Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

CEO Optus milik Singtel letak jawatan ekoran gangguan Internet di Australia

Nov 20, 2023 | 02:10 PM



Syarikat telekomunikasi Singtel mengumumkan pada Isnin bahawa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikatnya di Australia, Optus, Cik Kelly Bayer Rosmarin (gambar), telah meletak jawatan - lebih seminggu selepas gangguan Internet Optus di seluruh negara itu yang menyebabkan sekitar 10 juta rakyat Australia tanpa akses telefon atau Internet selama 12 jam.

Ketua pegawai kewangan Optus, Encik Michael Venter, akan memegang peranan sebagai CEO sementara secara serentak sedang syarikat itu mencari ketua baru di seluruh dunia, menurut The Straits Times (ST)


Bekas CEO StarHub, Encik Peter Kaliaropoulos, telah dilantik sebagai ketua pegawai operasi - jawatan yang baru diwujudkan.

Encik Kaliaropoulos, yang sebelum ini adalah pengarah urusan perniagaan Optus, akan menyertai semula syarikat itu pada 22 November dan melapor kepada Encik Venter.

CEO kumpulan Singtel, Encik Yuen Kuan Moon, berkata dalam satu kenyataan:

“Kami akur perlunya Optus meraih semula kepercayaan dan keyakinan pelanggan sedang pasukan kami berusaha menangani kesan dan akibat gangguan baru-baru ini dan terus menambah baik (khidmat).

“Optus adalah sebahagian penting perniagaan kumpulan kami. Kami melihat peristiwa dalam beberapa minggu lalu ini secara serius.

“Kami akur sepenuhnya pentingnya peranan Optus dalam menyediakan khidmat komunikasi kepada masyarakat dan pentingnya daya tahan dan keselamatan rangkaian.”

Encik Yuen menambah, beliau amat yakin pasukan Optus akan menumpukan segala usaha untuk berkhidmat kepada pelanggan dan meraih semula kepercayaan dan keyakinan mereka.

Mengenai peletakan jawatan CEO Optus, beliau berkata: “Optus melantik (Cik) Kelly pada permulaan pandemik. Kami menghargai kepimpinan, komitmen dan kerja kerasnya sepanjang tempoh mencabar ini dan berterima kasih kepadanya atas dedikasi dan khidmatnya kepada Optus.”

Gangguan yang dialami Optus pada 8 November itu berlaku sejurus selepas setahun ia mengalami serangan besar siber yang mengakibatkan data peribadi seperti butiran pasport lebih dua juta pelanggan diceroboh.

Dalam kes penggodaman tersebut, Singtel telah mempertahan CEO Optus itu. Bagaimanapun gangguan kali ini menyebabkan tindak balas orang ramai di Australia dan penjualan saham Singtel di Singapura. Ini menjadikan kedudukan Cik Rosmarin sukar dipertahankan, lapor Bloomberg.


Cik Rosmarin disoal siasat Senat Australia pada 17 November lalu mengenai kes itu.

Menurut ST, Optus menawarkan sekurang-kurangnya 200GB data tambahan kepada pelanggan terjejas sedang ia menghadapi siasatan, di samping gesaan untuk satu tuntutan tindakan kelas diambil atas gangguan itu.


Optus dan CEOnya dikritik kerana respons yang lambat dan kekurangan komunikasi mengenai gangguan besar itu.

Dalam perbicaraan Senat itu, Cik Rosmarin memaklumkan bahawa Optus sengaja tidak menghubungi pelanggannya semasa gangguan itu. Sebaliknya, ia mengutamakan siaran di media sosial dan membuat temu bual media secara langsung.

Beliau turut membuat ulasan yang dianggap meremehkan pengalaman beribu-ribu pemilik perniagaan kecil yang menghadapi gangguan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >