Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Eksport bukan minyak S’pura naik pada Nov selepas merosot 13 bulan

Pertumbuhan dalam Nodx adalah hasil kiriman barangan bukan elektronik, manakala eksport barangan elektronik terus menguncup
Dec 18, 2023 | 01:53 PM



Eksport domestik bukan minyak (Nodx) Singapura meningkat pada November selepas turun selama 13 bulan berturut-turut.

Nodx berkembang 1 peratus daripada asas rendah setahun lalu selepas kemerosotan yang disemak menjadi 3.5 peratus pada Oktober.

Pertumbuhan dalam Nodx adalah hasil kiriman barangan bukan elektronik, manakala eksport barangan elektronik terus menguncup, lapor The Straits Times (ST).


Eksport bukan elektronik naik 5.2 peratus pada November berbanding setahun lalu, membalikkan penurunan 2.9 peratus pada Oktober.

Sektor farmaseutikal yang tidak menentu dan emas bukan kewangan memberi sumbangan terbanyak kepada kenaikan Nodx bukan elektronik.

Emas bukan kewangan bermakna emas yang tidak dipegang sebagai aset rizab oleh bank pusat dunia.

Kedua-duanya berkembang daripada asas rendah setahun lalu. Sektor farmaseutikal melonjak 118.9 peratus manakala emas bukan kewangan meningkat 106.5 peratus.

Sebaliknya, eksport barangan elektronik jatuh 12.7 peratus tahun ke tahun pada November.

Kemerosotan itu lebih teruk berbanding Oktober, apabila kiriman barangan elektronik menyusut 5.6 peratus.

Litar bersepadu (IC) atau semikonduktor, yang membentuk sekitar separuh daripada Nodx elektronik, dan komputer peribadi (PC) mendorong penurunan dalam kiriman barangan elektronik.

IC menguncup 18 peratus pada November berbanding setahun lalu, manakala PC pula susut 47.8 peratus.

Secara keseluruhannya, kiriman barangan ke 10 pasaran teratas Singapura merosot, didorong oleh penurunan jumlah eksport ke Taiwan, Kesatuan Eropah (EU), Indonesia dan Korea Selatan.

Bagaimanapun, kiriman ke Amerika Syarikat membalikkan penurunan pada Oktober. Ia berkembang 20.5 peratus pada November, manakala eksport ke China terus pulih, naik 13.7 peratus tahun ke tahun pada November.

Berbanding bulan sebelumnya, Nodx berkembang pada kadar lebih kecil 0.3 peratus pada November kepada $15 bilion.

Ini berikutan lonjakan bagi Nodx yang disemak kepada 5.7 peratus pada Oktober.

Bagi November, jumlah perdagangan meningkat 0.3 peratus pada November berbanding setahun lalu, sama dengan kenaikan 0.3 peratus yang dicatat pada Oktober.

Ketua Ekonomi Asia di Oxford Economics, Encik Alex Holmes, berkata kitaran semikonduktor sedunia telah menurun. Bagaimanapun, katanya, sebarang pemulihan dalam permintaan bagi produk elektronik akan memakan masa.

“Pengeluar produk elektronik masih mempunyai inventori besar yang menyekat pelaburan. Eksport jentera khusus, termasuk peralatan perkilangan semikonduktor juga kekal lemah,” tambahnya.

Pakar ekonomi DBS, Encik Chua Han Teng, berkata terdapat trend yang bertambah baik dalam Nodx elektronik berdasarkan perangkaan purata tiga bulan, dengan penurunan mengecil kepada 10 peratus pada November berbanding setahun lalu.

Ia adalah prestasi terbaik dalam tempoh hampir setahun bagi kiriman barangan elektronik, katanya.

Ketua pakar ekonomi OCBC, Cik Selena Ling, berkata pemulihan dalam permintaan komputer peribadi dan telefon pintar 5G akan menjadi kunci bagi industri elektronik untuk pulih semula selepas kitaran kemerosotan yang berpanjangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >