Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Firma F&B perlu kekal relevan sedang teknologi kian maju: Maliki

Firma Melayu/Islam digesa terus tangkas, berdaya saing dan manfaatkan teknologi baru
Jul 06, 2023 | 05:29 PM



Perniagaan perlu terus menyesuaikan diri, berdaya saing serta dan kekal relevan sedang teknologi semakin maju dalam sektor makanan dan minuman (F&B), kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Disebabkan berlakunya peralihan dalam pilihan pengguna, peningkatan penggunaan teknologi dan persaingan lebih besar bagi mendapatkan pekerja, syarikat F&B Melayu/Islam perlu terus tangkas dan berdaya saing serta memanfaatkan teknologi baru, tambah beliau.

Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama di Forum Perniagaan Halal F&B yang dianjurkan oleh SSA Academy dan SkillsFuture Singapore pada Khamis.

Acara di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat (LLI) itu dihadiri lebih 50 orang, terdiri daripada pemimpin industri, usahawan dan profesional, dengan tujuan mencapai kecekapan perniagaan, meneroka strategi pemasaran digital dan memupuk peluang rangkaian.

Memahami bahawa industri F&B menghadapi beberapa cabaran akibat pandemik Covid-19, Dr Maliki berkata:

“Perniagaan yang kekal berdaya tahan sepanjang tempoh sukar ini dapat berbuat demikian kerana mereka tangkas dan cepat menyesuaikan diri dengan bantuan penyelesaian digital, seperti beralih ke platform e-dagang dan menerima pembayaran digital.

“Namun ketika sektor ini kembali maju, adalah penting perniagaan terus menyesuaikan diri, berdaya saing dan terus memastikan mereka kekal relevan dengan teknologi yang semakin berkembang,” tambahnya.

Menurut Dr Maliki, sepanjang tiga tahun akan datang, kira-kira 40 peratus pekerjaan dalam sektor perkhidmatan makanan akan memerlukan reka bentuk semula pekerjaan sederhana hingga intensif untuk meningkatkan skop dan tanggungjawab peranan.

Untuk terus menyokong industri, Dr Maliki berkata terdapat beberapa inisiatif telah dilancarkan oleh pemerintah.

Salah satu daripadanya ialah Peta Transformasi Industri (ITM) Perkhidmatan Makanan 2025, yang dilancarkan pada tahun lalu.

Ia bertujuan memupuk inovasi, sektor perkhidmatan makanan yang mampan dan juga melahirkan lebih banyak jenama tempatan yang boleh diluaskan serantau.

Sebagai contoh, syarikat boleh memohon Geran Produktiviti Penyelesaian untuk menggunakan penyelesaian digital kecil, kos efektif dan berautomasi.

Selaras dengan ITM itu, Pelan Digital Industri (IDP) Perkhidmatan Makanan juga diubah semula pada November 2022 untuk menangani keperluan perniagaan F&B yang berkembang dan mendalami keupayaan digital mereka.

Selain itu terdapat Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) Perkhidmatan Makanan yang dilancarkan pada Mei lalu.

Dibangunkan bersama Enterprise Singapore (Enterprise SG), Tenaga Kerja Singapura (WSG), SkillsFuture Singapore (SSG) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dengan firma perkhidmatan profesional Ernst & Young, peta transformasi itu mengesyorkan strategi bagi majikan dan pekerja meningkatkan daya saing dan keupayaan mereka.

Menggalak pekerja Melayu/Islam dalam sektor F&B terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan, Dr Maliki berkata:

“Saya mengalak pekerja Melayu-Islam kita mengambil tanggungjawab ke atas kerjaya dan pembangunan kemahiran mereka sendiri untuk kekal relevan dan terus bekerja.

“Majikan juga perlu memainkan peranan mereka, dengan membimbing pekerja mereka dalam mengenal pasti keperluan kemahiran mereka dan menyokong mereka untuk latihan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >