Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Banduan akan terima latihan sektor F&B, dibantu dapatkan kerja

Jun 20, 2023 | 01:57 PM



Satu inisiatif baru sedang dilaksana bagi membantu banduan mendapatkan latihan dalam sektor makanan dan minuman (F&B) serta pekerjaan selepas mereka dibebaskan dari penjara.

Reben Kuning Singapura (YRSG), sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), berkata dalam satu kenyataan pada Khamis bahawa ia menyasarkan memulakan inisiatif itu dengan 700 banduan.

YRSG menambah bahawa ia akan bekerjasama dengan persatuan perdagangan dan majikan untuk memudahkan pengambilan bekas pesalah selepas mereka dibebaskan, termasuk pilihan bekerja sambil belajar.

“Seperti semua rakyat Singapura, bekas pesalah ini akan dapat mendalami kemahiran mereka sambil membina kerjaya,” ujar MHA dalam satu kenyataan.

Inisiatif itu diumumkan pada hari terakhir Pertandingan Kulinari Reben Kuning, yang dianjurkan bersama Persatuan Cef Singapura dan Akademi Pusat Latihan Kulinari HCSA.

Seramai 27 banduan dan alumni pusat latihan kulinari itu menunjukkan kemahiran mereka pada acara tersebut, yang diadakan di The Changi Tearoom, yang terletak di dalam Kompleks Penjara Changi.

Selain menunjukkan kemahiran memasak, pertandingan itu diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang program kerja yang relevan dan memperkukuh hubungan antara banduan dan keluarga mereka melalui makanan, kata YRSG.

Para banduan itu dikehendaki menyiapkan tiga hidangan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan yang ditaja oleh Monde Nissin Singapore untuk keluarga mereka.

John (bukan nama sebenar), yang menyertai pertandingan itu, berkata dia berminat dalam F&B kerana ibu bapanya pernah menjalankan perniagaan restoran dan menjaja.

Lelaki berusia 36 tahun itu mengikuti kursus F&B di penjara semasa dia dimasukkan ke penjara kali kedua.

Kursus tersebut melayakannya mendapat sijil Nitec dalam bidang kulinari dan dia mendapat pekerjaan sebagai pembantu cef di pelbagai tempat makan selepas dibebaskan.

Namun John dimasukkan ke penjara kali keenam pada Disember 2022 kerana kesalahan berkaitan dadah dan kini sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun.

Pada 2023, dia mendaftarkan diri untuk pertandingan itu bagi memperhalusi kemahiran masakannya, dan berharap dapat memanfaatkan pengalaman dan pengetahuannya selama bertahun-tahun dalam sektor F&B untuk mendapatkan kerjaya stabil dan diintegrasikan semula ke dalam masyarakat.

Tujuh alumni daripada Akademi HCSA, yang merupakan bekas pesalah yang mempunyai Sijil Tinggi Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja dalam Perkhidmatan Makanan (Seni Kulinari), membantu setiap pasukan.

YRSG berkata hidangan oleh tiga pasukan teratas akan diterima dan diolah oleh Kitchen Haus Group sebagai sebahagian daripada menu katering mereka.

Pemenang kali ini termasuk hidangan sotong sebagai pembuka selera dan burger teriyaki Hawaii.

Semasa acara itu, YRSG turut mengumumkan ikrar sumbangan $220,000 untuk program Grow Movement, yang akan menyaksikan persatuan perdagangan dan majikan membuat tajaan bersama bagi kursus pembangunan kerjaya dan kelayakan untuk bekas pesalah berprestasi baik dalam pekerjaan dan menunjukkan potensi untuk berkembang maju.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >