Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

GIC lihat peluang jangka panjang meski risiko inflasi, kemerosotan China

Nov 09, 2023 | 06:21 PM



Walaupun terdapat kebimbangan mengenai inflasi, ketegangan geopolitik dan pertumbuhan yang lebih perlahan, ketua eksekutif GIC, Encik Lim Chow Kiat, melihat peluang bagi dana pelaburan Singapura untuk melabur pada penilaian yang menarik untuk hasil yang lebih baik dalam jangka panjang.

Perbendaharaan dan bon kini membuahkan lebih banyak hasil selepas beberapa pusingan kenaikan kadar faedah oleh Bank Simpanan Federal dalam usaha untuk menyejukkan inflasi dan “itu adalah perkara yang positif bagi pelabur”, kata Encik Lim pada panel membincangkan aliran modal global dan ketersediaan di Forum Ekonomi Baru Bloomberg pada Rabu.

Pasaran belum melihat hasil semasa pada sekuriti yang dilindungi inflasi Perbendaharaan 10 tahun iaitu sekitar 2.5 peratus “sekian lama”.

“Itu sangat menarik. Hasil aset yang lebih tinggi sepatutnya baik untuk pulangan jangka panjang,” katanya.

Terdapat juga peluang untuk melabur dalam projek yang berkaitan dengan peralihan tenaga.

Encik Lim menyatakan bahawa terdapat jurang antara jumlah modal yang diperlukan negara dan syarikat untuk membuat peralihan daripada bahan api fosil kepada tenaga boleh diperbaharui dengan jumlah yang digunakan pada masa ini, lapor The Straits Times.


“Kami memerlukan AS$4.3 trilion ($5.8 trilion) setahun untuk membiayai peralihan tenaga. Tahun lalu, hanya AS$1.8 trilion telah digunakan. Itu jurang yang besar tetapi juga peluang untuk pelabur kerana lebih banyak projek dan syarikat memerlukan modal bagi peralihan tenaga.”

Encik Lim berkata GIC adalah pelabur besar dalam infrastruktur, termasuk bagi tenaga boleh diperbaharui, menyuntik sekitar AS$20 bilion setahun dalam sektor itu.

Dalam pada itu, walaupun terdapat sekitar aliran keluar modal sebanyak AS$160 bilion dari China sepanjang enam suku berturut-turut yang lalu, GIC juga sedang meneroka peluang melabur di China.

“Apabila menilai (sama ada untuk melabur dalam) sesebuah negara, kami melihat kepada ketersediaan bakat, modal dan saiz pasaran.

“China mempunyai semua ini, Amerika mempunyai semua ini,” kata Encik Lim.

Beliau menambah bahawa ekonomi China sedang melalui tempoh pelarasan yang telah membawa kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan. Bagaimanapun, negara itu semakin maju dalam sektor seperti ekonomi hijau dan kemampanan dan GIC telah memindahkan modal ke dalam bidang pertumbuhan itu, sambil kekal berhati-hati terhadap lebih banyak sektor perindustrian.

“Sebagai pelabur global, kami tidak mampu untuk tidak melihat China dan menggerakkan modal di sana,” kata Encik Lim.

GIC ialah salah satu daripada tiga entiti pelaburan di Singapura yang menguruskan rizab negara, selain Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan Temasek.

GIC mengekalkan portfolio pelbagai yang merangkumi enam kelas aset teras, setiap satu dengan profil risiko dan pulangan yang berbeza. Ini termasuk ekuiti pasaran maju dan pesat membangun, bon nominal dan tunai, bon berkaitan inflasi, hartanah serta ekuiti persendirian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >