Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Import China bagi bahan cip dari S’pura tertinggi dalam 8 bulan

May 24, 2023 | 04:16 PM



PASARAN semikonduktor setempat cergas dengan kiriman ke China meningkat.

Menurut data kastam China terkini, yang ditukil The Business Times, China mengimport mesin pembuatan cip bernilai AS$407 (S$548 juta) dari Singapura pada April.


Ini merupakan jumlah tertinggi sejak Ogos, meningkat 9.6 peratus dari Mac dan bertentangan dengan trend yang lebih meluas iaitu pengurangan eksport semikonduktor ke China.

Secara keseluruhannya, China mengimport kurang 27 peratus dalam peralatan pembuatan cip pada April berbanding tahun sebelumnya.

Penghantaran cip litar bersepadu dari Singapura ke China turut meningkat sebanyak 3.5 peratus berbanding Mac, menurut laporan itu.

Semua pembekal utama dari Asia mencatatkan penurunan dalam eksport cip ke ekonomi kedua terbesar di dunia itu, sejajar dengan trend mesin pembikinan cip.

Singapura merancang untuk menarik peluang pelaburan yang ‘saksama’ dalam pemasangan semikonduktor dan reka bentuk litar bersepadu, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Ekonomi Singapura, Encik Beh Swan Gin, dalam satu temu bual pada Februari.

Syarikat teknologi dan elektronik terkemuka dunia sedang mempelbagaikan perniagaan secara geografi – jauh dari China dan hab pembuatan cip yang sangat pesat seperti Taiwan dan Korea Selatan – membuka peluang yang lebih besar untuk negara lain seperti Singapura.

Syarikat Applied Material membuat mesin pembuatan cip di Singapura, manakala pembuat cip yang mempunyai pangkalan di sini, termasuk Soitec, GlobalFoundries dan STMicroelectronics.

Taiwan Semiconductor Manufacturing Co sedang menimbangkan untuk membina hab menghasilkan wafer silikon 12 inci di Singapura, kerana negara ini menawarkan lebih banyak insentif cukai dan subsidi untuk kos utiliti, menurut laporan dari Taiwan.

Pembekal kepada ASML Holding juga sedang menimbangkan untuk membina kilang di Asia Tenggara dan bukannya China, lapor Reuters pada Mac.


Dengan ketegangan Amerika Syarikat-China yang semakin meningkat, Singapura bersedia untuk memudahkan dialog antara dua ekonomi terbesar itu untuk membantu membaiki hubungan mereka.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pernah dilaporkan mengatakan yang Singapura – seperti yang ramai tahu – sentiasa mahu menjalankan perniagaan dengan kedua-duanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >