Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jualan rumah privet baru terus kukuh di daerah utama

Dec 26, 2023 | 04:40 PM



Rumah privet di daerah utama telah dibeli dengan lebih cepat berbanding rumah privet di pinggir bandar dan luar bandar pada 2023.

Ini sebahagiannya disebabkan kurangnya pelancaran kediaman privet baru di daerah utama pada 2023.

Dari Januari hingga September 2023, terdapat 505 rumah privet yang dilancar di Kawasan Tengah Utama (CCR).

Namun, sebanyak 1,182 rumah baru dijual, menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Rumah baru daripada pelbagai projek kediaman yang dilancarkan sebelum itu menyumbang kepada tambahan rumah yang dijual, lapor The Straits Times (ST).


Sebagai perbandingan, terdapat 2,747 rumah privet baru yang dijual di pinggir bandar, dengan 4,183 unit rumah dilancarkan.

Di luar bandar, pemaju melancarkan sebanyak 1,803 rumah baru dan menjual 1,230 unit rumah.

Secara keseluruhan, permintaan lebih perlahan pada 2023 dan dijangka mencatat jualan rumah baru tahunan yang terendah sejak 2008, apabila 4,264 unit dijual.

Penganalisis berkata permintaan yang merosot itu disebabkan faktor seperti kadar faedah tinggi dan satu lagi pusingan langkah penyejukan hartanah pada April.

Ketua penyelidikan dan kandungan firma hartanah PropNex, Cik Wong Siew Ying, berkata beliau menjangka jualan rumah privet baru secara keseluruhannya, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), akan mencatat kurang daripada 7,099 unit yang dijual pada 2022, yang sudah pun merupakan paras terendah selama 14 tahun sejak 2008.

Sehingga 26 November 2023, pemaju telah menjual kira-kira 6,290 unit rumah privet baru.

PropNex menjangka sebanyak 6,500 hingga 7,000 rumah baru akan bertukar tangan pada 2023.

Naib presiden kanan bagi penyelidikan dan analitik di firma hartanah OrangeTee & Tie, Cik Christine Sun, berkata permintaan lebih kukuh bagi rumah baru di daerah utama mungkin disebabkan jurang harga yang semakin mengecil antara CCR dengan kawasan pasaran lain bagi pelancaran baru.

Harga rumah privet baru di kawasan luar bandar dan pinggir bandar telah meningkat pada kadar lebih pantas berbanding di rumah privet baru di daerah utama, kata Cik Sun.

Menurut data URA, harga median atau nilai tengah bagi rumah privet baru di daerah utama naik 18.9 peratus, daripada $2,496 setiap kaki persegi (psf) kepada $2,968 psf, dari 2020 hingga 11 bulan pertama 2023, katanya.

Kededua Cik Sun dan Cik Wong menjangka harga rumah privet secara keseluruhan akan kekal mantap pada 2024.

Antara lain, bekalan kondominium yang meningkat pada 2023 telah membantu memantapkan harga, jelas Cik Sun.


Ketegangan geopolitik, cabaran ekonomi makro, kos meningkat dan kadar faedah tinggi akan terus menjejas permintaan perumahan, tambah Cik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >