Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jualan runcit Julai naik 1.1%, kurang daripada jangkaan

Sep 05, 2023 | 04:26 PM



Jualan runcit di Singapura meningkat buat enam bulan berturut-turut pada Julai, tetapi kadar itu mencatat peningkatan tipis daripada pertumbuhan 1 peratus yang disemak pada Jun dan lebih rendah daripada ramalan.

Pendapatan bulan lalu meningkat 1.1 peratus dari tahun ke tahun, kurang daripada median atau nilai tengah kenaikan 2.1 peratus yang dijangkakan penganalisis dalam suatu tinjauan.

Ia juga turun daripada pertumbuhan 1.8 peratus pada Mei dan tertinggi 12.5 peratus pada Februari.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit meningkat hanya 0.4 peratus tahun ke tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan 2.5 peratus yang dicatatkan pada Jun, menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Selasa.

Bulan ke bulan dan penyelarasan mengikut musim, pendapatan keseluruhan Julai meningkat 0.6 peratus daripada Jun, hasil daripada jualan kereta. Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit turun 1.1 peratus daripada bulan sebelumnya.

Anggaran jumlah nilai jualan runcit pada Julai ialah $3.9 bilion, menurut angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan pada Selasa.

Daripada jumlah ini, jualan runcit dalam talian membentuk 12.6 peratus, sama dengan Jun.

Peningkatan terbesar tahun ke tahun pada Julai disumbang oleh industri makanan dan alkohol (21 peratus), terutamanya disebabkan oleh permintaan yang lebih tinggi untuk produk alkohol, termasuk yang dijual di kedai bebas cukai.

Jualan di pasar mini dan kedai serbaneka meningkat 7.4 peratus, manakala jualan kereta meningkat 7.3 peratus.

Sebaliknya, jualan di stesen perkhidmatan petrol menjunam 16.1 peratus pada Julai, sebahagiannya disebabkan oleh harga petrol yang lebih rendah. Ini lebih rendah daripada kejatuhan 24.2 peratus pada Jun.

Jualan tahun ke tahun juga jatuh untuk barangan rekreasi (5.8 peratus), pasar raya dan pasar raya besar (2.3 peratus) dan gedung serbaneka (2.1 peratus).

Sektor makanan dan minuman menyaksikan pertumbuhan berterusan dalam jualan berbanding tahun lepas, walaupun pada kadar yang lebih perlahan.

Jualan perkhidmatan makanan dan minuman meningkat 6.5 peratus pada Julai pada asas tahun ke tahun, lebih rendah daripada pertumbuhan 7.2 peratus pada Jun dan kenaikan 15.3 peratus pada April.

Katerer makanan menyaksikan pendapatan mereka meningkat sebanyak 24 peratus pada bulan Jun, berbanding bulan yang sama tahun sebelumnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >