Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Jumlah pelancong China ke S’pura capai paras rekod pada Jan

Feb 21, 2024 | 07:37 PM



Pelawat antarabangsa Singapura melonjak ke paras tertinggi selepas pandemik Covid-19, iaitu 1,436,404 pada Januari, disebabkan peningkatan tinggi dalam bilangan pelancong China yang tiba di sini.

Perangkaan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) pada 21 Februari menunjukkan pelawat dari China melonjak lebih 60 peratus pada Januari 2024 kepada 211,194 berbanding 130,207 sebulan sebelumnya – sebelum perjalanan bebas visa selama 30 hari untuk rakyat China dan Singapura, berkuat kuasa pada Februari.

Walaupun China merupakan penyumbang besar kepada jumlah pelawat ke Singapura pada Januari 2024 berbanding bulan sebelumnya, ia masih berada di belakang Indonesia dari segi bilangan mutlak pelawat yang datang ke Singapura.

Indonesia menduduki tempat pertama sebagai sumber pelawat ke Singapura, dengan 268,972 pelancong pada Januari, meningkat daripada 244,343 pada Disember 2023, lapor akhbar The Business Times (BT).


Secara keseluruhan, ketibaan pelawat ke Singapura meningkat 15.9 peratus pada Januari daripada 1,239,776 pada bulan sebelumnya.

Jumlah pada Januari 2024 itu juga melonjak 54.2 peratus berbanding Januari 2023.

Australia berada di tempat ketiga dengan 124,144 pelancong tiba di Singapura, meningkat daripada 112,310 pada bulan sebelumnya.

Malaysia menduduki tempat keempat dengan 93,387 pengunjung, susut daripada 102,689 pada Disember 2023.

Ini diikuti India yang menduduki tempat kelima bagi lima pasaran pelancongan utama Singapura.

Ia membawa 82,117 pelawat pada Januari – lebih tinggi daripada 92,635 pada bulan sebelumnya.

Sebelum ini, STB menyatakan dalam tinjauannya bahawa Singapura dijangka menarik sehingga 16 juta pelawat antarabangsa pada 2024.

Jumlah pelawat itu disokong oleh ketersambungan dan kapasiti penerbangan lebih baik di seluruh dunia, serta perjalanan bebas visa bagi rakyat China dan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >