Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kenaikan eksport minyak mentah AS turunkan harga minyak di Eropah, Asia

Aug 07, 2023 | 03:08 PM



Eksport minyak mentah Amerika Syarikat yang melonjak pada 2023 telah menurunkan harga minyak di Eropah dan Asia, membuktikan ia merupakan sumber bekalan minyak utama sedang pengeluar lain mengurangkan pengeluaran dan sekatan ke atas mentah Russia menjejas perdagangan.

Pengenalan minyak mentah Amerika gred West Texas Intermediate (WTI) Midland, yang menetapkan harga penanda aras Brent yang dinilai oleh S&P Global Commodity Insights, bukan sahaja telah mendorong peningkatan eksport tetapi juga membantu mengehadkan harga Brent dan Eropah, Afrika, Brazil dan minyak Asia yang di luar harga penanda aras, kata pedagang dan penganalisis.

Eksport minyak mentah Amerika juga mengurangkan kehilangan bekalan selepas Arab Saudi semakin mengurangkan sejak Julai, melebihi apa yang telah dipersetujui pengeluar besar pada Jun.

Eksport yang kian meluas itu menggambarkan minyak mentah Amerika yang semakin berpengaruh – pengeluar minyak terbesar di dunia – dalam pasaran global.

Ia mengukuhkan lagi peranan bekalan Amerika dalam mengimbangi pasaran, terutama apabila pengeluaran minyak mentah dari Russia kini terhad.

Purata eksport minyak mentah Amerika ialah 4.08 juta tong sehari (bpd) pada 2023, naik daripada purata 3.53 juta tong sehari pada 2022, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga.

Pengarah global pasaran minyak mentah dan bahan api di S&P Global, Encik Joel Hanley, berkata daripada 61 penilaian Brent hingga 27 Julai yang turut menyertakan WTI Midland, gred minyak mentah Amerika itu adalah antara yang paling kompetitif.

Ini bermakna WTI Midland berkesan dalam penetapan harga.

Gred minyak mentah lain merasai tekanan daripada bekalan Amerika.

Perbezaan harga bagi kargo minyak mentah Forties yang disimpan di Laut Utara mempunyai diskaun harga 2.9 peratus bagi setiap tong pada Julai, turun daripada harga premium 12.4 sen dan 24.5 sec pada Mei, menurut data Refinitiv Eikon.

“Dengan WTI Midland menjadi lebih penting dalam penilaian harga Brent, ia mempunyai kesan ke atas gred lain yang terpaksa meletakkan harga yang rendah untuk bersaing dengan WTI Midland,” kata Encik Rohot Rathod, penganalisis pasaran di penyelidik tenaga Vortexa.

Tekanan daripada eksport WTI Midland kini meluas ke pasaran Asia.

Ketumpatan minyak mentah Murban dari Amiriah Arab Bersatu (UAE) hampir sama dengan WTI Midland, tetapi mengandungi lebih banyak sulfur, dan digunakan oleh pedagang untuk membandingkan feadah ekonomi menghantar WTI ke negara di kawasan timur.

Premium bagi Murban ke Dubai ialah AS$1.90 setong, kekal mantap daripada Julai, manakala harga tunai di Dubai untung sebanyak 43 sen iaitu pada AS$1.57 bagi setiap tong bulan ini, menurut perkiraan Reuters yang menggunakan data perdagangan pasaran.


Kiriman minyak mentah WTI Midland yang hampir mencecah rekod tinggi bakal dihantar ke negara di kawasan timur pada Ogos. – Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >