Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel, DBS meterai kerjasama bagi pembangunan mampan di Asia

Sep 04, 2023 | 02:31 PM



Keppel and DBS telah memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) untuk bersama-sama meningkatkan penyelesaian pendigitalan dan pembandaran mampan di Asia dengan tumpuan kepada India.

Kerjasama itu bertujuan mempercepatkan pengoptimuman tenaga merentasi segmen tenaga intensif di rantau itu termasuk bidang penjagaan kesihatan dan hospitaliti serta hartanah industri dan komersial, kata kededua pihak dalam satu kenyataan bersama pada Isnin.

Di bawah MOU, perniagaan boleh mengakses rangkaian penyelesaian tenaga-sebagai-perkhidmatan Keppel termasuk penyejukan kecekapan tinggi, simpanan dan tenaga mampan serta infrastruktur mengecas kenderaan elektrik, manakala DBS menawarkan penyelesaian kewangan untuk membantu mereka mengatasi potensi adangan kos.

MOU itu juga meliputi penyelesaian pendigitalan kepada pelanggan korporat DBS menerusi subsidiari Keppel, M1, dengan kededua pihak akan berusaha untuk memperbaiki pengalaman digital perniagaan di Singapura.

“Perkongsian itu juga termasuk inisiatif kitar semula sisa elektronik menerusi AsiaPac, sebuah subsidiari M1, dengan pelanggan DBS boleh tukar-beli komputer riba,” menurut kenyataan itu.

Ketua eksekutif DBS, Encik Piyush Gupta, berkata bahawa perkongsian bersama Keppel memudahkan pengalaman pelanggan dengan menawarkan rangkaian penyelesaian termasuk kewangan yang bersesuaian.

Ketua pegawai eksekutif Keppel Corporation, Encik Loh Chin Hua, berkata bahawa kerjasama itu boleh membantu syarikat menjadi lebih mampan dan menceburi pendigitalan, meningkatkan daya saing mereka.

Keppel menyatakan bahawa MOU tersebut tidak dijangka mempunyai impak pada aset bersih atau pendapatan setiap saham bagi tahun kewangan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >