Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Keppel, UAE meterai kerjasama projek jana tenaga di Asean, Timur Tengah

Dec 07, 2023 | 05:51 PM



Divisyen prasarana Keppel Corporation akan bekerjasama dengan Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi (Masdar) untuk membangunkan usaha penyisihan karbon dan kemapanan tenaga di Asean dan Timur Tengah, kata kededua syarikat itu pada 7 Disember.

Kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman pada persidangan iklim COP28 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Amiriah Arab Bersatu (UAE), lapor The Business Times (BT).


Keppel dan Masdar juga akan meneroka huraian bagi menyokong pembangunan dan penggunaan projek perbekalan awam bagi tenaga yang boleh diperbaharui di Asean serta memudahkan aliran rentas sempadan tenaga rendah karbon melalui penyimpanan tenaga dan sistem penghantaran grid.

Syarikat-syarikat itu juga akan meneroka kemungkinan membangunkan bersama sistem solar terapung fotovoltan berskala besar di Singapura dan rantau ini.

Masdar ialah syarikat tenaga boleh diperbaharui milik UAE. Ia diasaskan pada 2006 sebagai anak syarikat dana kekayaan negara, Mubadala Investment Company.

Di Timur Tengah, Keppel dan Masdar akan mengenal pasti dan meneroka peluang dalam penyediaan perkhidmatan tenaga, rawatan sisa bagi menghasilkan tenaga dan rawatan air laut bagi menghasilkan tenaga bermutu tinggi.

Keppel akan memanfaatkan kepakarannya dalam bidang ini, manakala Masdar menyumbang rangkaiannya di Arab Saudi, UAE dan Oman.

“Perkongsian itu akan memanfaatkan pengalaman Keppel dalam perdagangan elektrik rentas sempadan di Asean, serta mendapat manfaat daripada rancangan Masdar untuk melaksanakan projek boleh diperbaharui di Asia Tenggara,” kata Cik Cindy Lim, ketua eksekutif divisyen prasarana Keppel.

Ketua Eksekutif Masdar, Encik Mohamed Jameel Al Ramahi, berkata Asia Tenggara merupakan pasaran strategik yang penting untuk Masdar.

Beliau berkata, kerjasama itu dibina berdasarkan portfolio perkongsian sedia ada Masdar di rantau Asean yang lebih luas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >