Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Komitmen pembiayaan mampan DBS capai $70b pada 2023

Jumlah naik daripada $51b pada 2022 tapi bank akui ‘lebih banyak lagi perlu dilakukan’
Mar 06, 2024 | 04:47 PM



DBS Bank mencapai kemajuan baik dalam usaha hijaunya, dengan komitmen pembiayaan mampan mencapai sekitar $70 bilion pada akhir 2023.

Namun, lebih banyak lagi perlu dilakukan, ujar bank itu, lapor The Straits Times.


Ketua Pegawai Kemampanan DBS, Encik Helge Muenkel, berkata komitmen pembiayaan mampan bank itu, selepas ditolak pembayaran balik, naik daripada $51 bilion pada 2022.

Bahagian pinjaman mampan dalam pinjaman keseluruhan bank itu secara relatif juga telah berkembang, tambahnya.

DBS turut membantu pelanggannya menerbitkan bon berkaitan sekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bernilai hampir $18 bilion, lapor The Straits Times.


Pembiayaan mampan merujuk kepada pelaburan yang mengambil kira aspek ESG sesuatu projek.

Ia termasuk pinjaman hijau yang membiayai projek mesra alam yang layak, pinjaman berkaitan kemampanan yang memberi insentif kepada syarikat untuk mencapai sasaran kemampanan, dan pinjaman peralihan yang membantu syarikat beralih daripada perniagaan intensif tenaga kepada perniagaan lebih hijau.

Misalnya, DBS memberi pinjaman hijau berjumlah $180 juta kepada dana pencen sektor awam Malaysia, KWAP, untuk membiayai semula sebuah menara pejabat hijau di Australia.

Sebagai sebahagian usaha kemampanannya sendiri, DBS telah mula mengurangkan secara berperingkat pemberian pinjaman kepada loji jana kuasa arang batu haba, kata Encik Muenkel dalam satu taklimat media sebelum laporan kemampanan bank itu dikeluarkan pada 6 Mac.

Arang batu merupakan sumber utama karbon dioksida (CO2), gas rumah hijau utama yang menyebabkan bumi menjadi lebih panas.

Pada 2021, bank itu mengumumkan ia akan menghentikan pembiayaan kepada loji jana kuasa arang batu sepenuhnya menjelang 2039, menjadikannya bank Singapura pertama yang menghentikan pinjaman kepada perniagaan itu.

DBS menghentikan pinjaman kepada projek arang batu baru pada 2019.

Ia kini mengurangkan pinjaman kepada loji arang batu kepada $1.8 bilion, turun 19 peratus daripada 2022 dan 33 peratus daripada 2021.

Pembiayaan dalam tenaga boleh diperbaharui pula sekarang membentuk separuh daripada portfolio tenaga bank itu, tambahnya.

Ketua tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan prasarana DBS Group, Encik Lim Wee Seng, berkata bank itu mempunyai komitmen pinjaman lama, sebelum ia memutuskan tidak lagi memberi pinjaman kepada loji jana kuasa arang batu.

Pinjaman terakhir sedemikian berakhir pada 2039, ujarnya.

Encik Muenkel menambah: “Kami komited menghentikan kegiatan arang batu secara berperingkat, tetapi... ia tidak cukup baik.

“Kami perlu meneliti cara menutup sebahagian besar daripada 5,000 loji jana kuasa arang batu lebih awal lagi, sebelum tamat tempoh operasinya.”

Namun, beliau berkata usaha tersebut rumit dan mencabar.

Antara lain, jika pinjaman bagi projek membakar arang batu dihentikan, ia perlu memikirkan cara menggantikannya supaya masyarakat mempunyai akses kepada tenaga di samping mengambil kira mereka yang kehilangan pekerjaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >