Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Kondo Island View lancar semula jualan kolektif, usul kurangkan harga kepada $532j

Mar 05, 2024 | 05:01 PM



Jualan kolektif bagi kondominium pegangan bebas Island View di Pasir Panjang akan dilancarkan semula pada 5 Mac.

Kali ini, terdapat rancangan menurunkan harga simpanan (harga minimum yang sedia diterima penjual) sebanyak 7.5 peratus kepada $532 juta, kerana sentimen pasaran telah berkurangan, menurut ejen pemasaran tunggal hartanah itu, PropNex.

Ini berikutan percubaan jualan kolektif oleh pemilik kondominium itu sebelum ini pada 2023, yang ditutup pada Oktober 2023 tanpa menerima sebarang bidaan daripada pemaju.

Pemilik kondominium sedang mengumpul tandatangan untuk mendapatkan mandat sokongan 80 peratus bagi mengurangkan harga simpanan kepada $532 juta, daripada $575 juta sebelum ini.

Setakat ini, lebih 60 peratus daripada mereka menyokong perubahan harga itu, lapor The Straits Times (ST).


Harga simpanan asal sebanyak $575 juta itu bermakna harga tanah $1,634 setiap kaki persegi (psf) setiap nisbah plot (ppr), selepas mengambil kira 7 peratus keluasan lantai kasar (GFA) bonus yang dibenarkan untuk balkoni dan anggaran caj pembaikan tanah (LBC) sebanyak $183 juta.

Berdasarkan harga simpanan yang dicadangkan sebanyak $532 juta, harga tanah akan dikurangkan kepada $1,542 psf ppr, termasuk bonus 7 peratus untuk balkoni dan LBC.

Ketua jualan kolektif PropNex, Encik Laurence Wong, berkata: “Sejak tender jualan kolektif sebelum ini dilancarkan bagi Island View, sentimen pasaran menjadi lebih berhati-hati pada umumnya.”

Contohnya, jualan pemaju mencecah paras terendah selama 15 tahun pada 2023, kos pembiayaan kekal tinggi, dan minat memiliki rumah privet agak berkurangan, dengan sebilangan bakal pembeli mengambil sikap tunggu dan lihat, katanya.

“Keputusan menurunkan harga simpanan adalah langkah strategik untuk menjadikan pembangunan ini lebih menarik kepada bakal pembeli, memandangkan keadaan pasaran ketika ini,” tambah beliau.

Namun, beliau percaya hartanah pegangan bebas seperti Island View akan terus “memikat hati” pembeli rumah kerana ia biasanya terus mengekalkan nilai lebih baik dengan peredaran masa.

Contohnya, kondominium pegangan bebas Terra Hill yang baru dilancarkan berjaya menjual tiga unit besar, bersaiz dari pada 1,894 kaki persegi hingga 3,035 kaki persegi, pada harga purata sekitar $2,780 psf pada Februari.

Dibina pada 1984, Island View terletak di tapak tanah seluas 309,543 kaki persegi di Jalan Mat Jambol di Daerah 5.

Di bawah Pelan Induk Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) 2019, tapak tersebut dizonkan untuk kegunaan kediaman dengan 1.4 nisbah plot kasar.

Ini bermakna hartanah tersebut boleh dibangunkan semula menjadi kondominium lima tingkat dengan 402 unit baru, berdasarkan purata saiz unit sekitar 1,075 kaki persegi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >