Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Saham Singtel jatuh dek laporan perjanjian jual saham Optus tidak tercapai

Apr 03, 2024 | 03:30 PM



Syarikat telekomunikasi Singtel meminta perdagangan sahamnya dihentikan pada pagi 3 April, selepas harganya jatuh 4.3 peratus pada awal dagangan.

Ini berlaku selepas media Australia melaporkan bahawa perbincangannya dengan firma ekuiti swasta Canada Brookfield untuk menjual 20 peratus sahamnya dalam Optus pada harga sekitar A$3.2 bilion ($2.8 bilion) hingga A$3.6 bilion gagal menghasilkan perjanjian.

Namun, Singtel sekali lagi menafikan laporan media berhubung potensi perjanjian berhubung Optus, iaitu anak syarikatnya di Australia.

Dalam satu pemfailan bursa, Singtel berkata “tiada perjanjian untuk melepaskan Optus”, dan menambah bahawa unit Australia itu kekal sebagai “bahagian strategik dan penting dalam kumpulan Singtel”, lapor The Business Times.


Pada 9.17 pagi 3 April, saham Singtel merosot 4.3 peratus, atau 11 sen, kepada $2.43, dengan 18.4 juta saham bertukar tangan. Ia kemudian pulih sedikit, jatuh 3.5 peratus, atau 9 sen, kepada $2.45, dengan 22.7 juta saham diurus niaga.

Saham Singtel adalah kaunter yang paling diperdagangkan hingga 9.31 pagi 3 April, sebelum Singtel meminta perdagangan dihentikan pada 9.38 pagi.

Akhbar The Australian mengumumkan pada awal hari bahawa rundingan untuk menjual 20 peratus saham Singtel dalam Optus – penyedia perkhidmatan telefon mudah alih kedua terbesar di Australia – telah gagal, tanpa menyatakan daripada mana ia mendapat maklumat itu.


Ia melaporkan bahawa pihak terlibat tidak dapat bersetuju mengenai terma, termasuk harga, dan Brookfield telah menarik diri daripada perjanjian yang berpotensi itu.

Firma ekuiti swasta itu enggan mengulas.

Singtel meminta pemberhentian dagangan sahamnya ditarik balik pada kira-kira 10.30 pagi, sambil mengulangi tiada perjanjian untuk menjual Optus dan ia sebelum ini telah menonjolkan mengenai tinjauan strategik tetap yang dilakukan ke atas portfolionya, termasuk Optus, untuk mengoptimumkan nilai aset dan perniagaan.

Ia juga akan meneroka semua pilihan untuk memaksimumkan nilai pemegang saham.

“Memandangkan pergerakan harga saham Singtel pagi ini, kumpulan ini ingin menasihatkan pemegang saham Singtel dan bakal pelabur supaya berhati-hati dalam menyemak sebarang laporan media berkaitan Optus tanpa sebarang pengumuman muktamad apabila berurusan dengan saham syarikat ini,” katanya.

Pada 13 Mac, Singtel menafikan mengenai perbincangan perjanjian itu, selepas Australian Financial Review (AFR) melaporkan bahawa gergasi telekomunikasi itu dalam perbincangan lanjut untuk menjual unit Australianya kepada Brookfield.


Harian media Australia itu mendakwa perjanjian tersebut dianggarkan bernilai kira-kira A$16 bilion ($14.1 bilion), dan perbincangan “dalam peringkat lanjut”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >