Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Sea, syarikat induk Shopee, untung $218.5j, di bawah jangkaan

Mar 05, 2024 | 06:37 PM



Syarikat Sea, yang tersenarai di Bursa Saham New York, mengumumkan keuntungan kali pertama dengan pendapatan sebanyak AS$162.7 juta ($218.5 juta) bagi 2023, berbanding kerugian AS$1.7 bilion pada 2022.

Bagaimanapun, pendapatan itu lebih rendah daripada jangkaan penganalisis bagi pendapatan sebanyak AS$301.7 juta.

Hasil bagi 2023 meningkat 4.9 peratus kepada AS$13.1 bilion daripada AS$12.4 bilion bagi 2022, melebihi ramalan penganalisis sebanyak AS$12.9 bilion.

Pendapatan tersebut dirangsang oleh keuntungan yang diraih oleh cabang e-dagang syarikat itu, Shopee, bagi dua suku pertama 2023.

Pendapatan e-dagang bagi 2023 melonjak 23.5 peratus kepada AS$9 bilion daripada AS$7.3 bilion pada 2022.

Unit perniagaan itu mencatat kerugian AS$550.5 juta pada 2023, menurut laporan, The Straits Times (ST).


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sea, Encik Forrest Li, berkata:

“Walaupun persekitaran persaingan semakin sengit di Asia Tenggara, kami percaya Shopee telah meraih bahagian pasaran yang bermakna dari awal hingga akhir 2023.”

Unit hiburan digital Sea, Garena, terus mengalami pendapatan merosot – susut 44 peratus kepada AS$2.2 bilion pada 2023 daripada AS$3.8 bilion pada 2022.

Unit itu mencatat keuntungan AS$1.2 bilion bagi 2023.

Sea turut melaporkan ia mencatat kemajuan dalam menarik dan mengekalkan pengguna bagi permainan Free Fire di wadah telefon bimbit .

Syarikat analitik Sensor Tower menyatakan, Free Fire adalah permainan telefon bimbit yang paling banyak dimuat turun di seluruh dunia pada 2023, dengan lebih 100 juta pengguna aktif harian pada Februari.

“Dengan rentak positif ini, kami menjangka Free Fire akan meraih pertumbuhan dua angka tahun ke tahun untuk kedua-dua bilangan pengguna dan tempahan pada 2024,” kata Encik Li.

Cabang khidmat kewangan digital syarikat itu, SeaMoney, turut mencatat keuntungan pertama pada 2023, dengan pendapatan AS$490.2 juta, berbanding kerugian AS$277.3 juta pada 2022.

Keuntungan itu didorong terutamanya oleh perniagaan kredit.

Pendapatannya juga melonjak 44 peratus kepada AS$1.8 bilion pada 2023, daripada AS$1.2 bilion pada 2022.

Shopee mengalami kerugian AS$303.7 juta pada suku keempat 2023, berbanding keuntungan AS$109.5 juta dalam tempoh sama pada 2022.

Namun, ia mencatat kerugian lebih kecil pada suku tersebut, berbanding kerugian AS$428.2 juta pada suku ketiga 2023.

“Kami gembira melihat trend positif dalam kedua-dua pertumbuhan dan keuntungan bagi ketiga-tiga perniagaan kami. Kami akan terus melabur untuk masa depan dengan penuh disiplin dan fokus,” ujar Encik Li.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >