Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Piawaian Aplikasi Selamat perkukuh pencegahan gangguan digital

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piawaian Aplikasi Selamat perkukuh pencegahan gangguan digital

Jan 12, 2024 | 06:15 PM



OCBC, UOB dan aplikasi e-dagang, Shopee, menyambut baik pelaksanaan Piawaian Aplikasi Selamat oleh Agensi Keselamatan Siber (CSA) kerana ia akan memperketat langkah yang menghalang pelaku berniat jahat daripada mengganggu aplikasi.

Ketua Kumpulan Keselamatan Maklumat dan Pengurusan Risiko Digital OCBC, Encik Thomas Kok, menekankan peri pentingnya memiliki produk digital yang selamat dan boleh dipercayai, termasuk aplikasi.

“Memiliki tanda aras yang sama dan perkongsian amalan terbaik untuk mencapai hasil yang diinginkan ini, melalui Piawaian Aplikasi Selamat CSA, adalah langkah positif dan akan meningkatkan kepercayaan digital dengan orang ramai,” katanya.

Pelaksanaan piawaian itu diumumkan di Parlimen pada 10 Januari lalu.

Sementara itu, seorang jurucakap UOB berkata ia mengalu-alukan perkongsian amalan terbaik di bawah piawaian, dan bank itu “sentiasa memantau landskap ancaman yang berkembang untuk meningkatkan kawalan keselamatan kami untuk melindungi pelanggan”.

UOB juga berkata ia telah menyediakan kawalan keselamatan seperti pemberitahuan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) apabila penerima baru ditambah.

Tambahan pula, ia berkata bahawa ia akan terus bekerjasama rapat dengan pengawal selia, agensi penguatkuasaan undang-undang dan industri untuk menangani penipuan.

Seorang jurucakap Shopee pula berkata pada Jumaat bahawa syarikat itu mengalu-alukan piawaian CSA dan ia telah secara proaktif mengamalkan langkah standard industri untuk melindungi pembeli dan penjual sebagai sebahagian daripada proses pembangunan aplikasinya.

“Sebagai contoh, langkah kawalan seperti pengesahan dua faktor (2FA) untuk urus niaga berisiko tinggi sudah dilaksanakan dalam aplikasi kami sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi pengguna kami daripada tindakan yang tidak dibenarkan,” kata jurucakap tersebut.

Beliau turut menambah bahawa Shopee akan terus meningkatkan keupayaannya untuk kekal sebagai aplikasi yang boleh dipercayai.

Pakar keselamatan siber telah memberi amaran bahawa mungkin terdapat kos tambahan yang bakal ditanggung apabila syarikat cuba memenuhi piawaian CSA itu.

Piawaian itu menyasarkan aplikasi yang melakukan transaksi berisiko tinggi seperti aplikasi perbankan dan e-dagang. Pembangun aplikasi digalakkan untuk menggunakan piawaian baru itu untuk melindungi aplikasi mereka daripada serangan perisian hasad dan pancingan data.

Penipuan perisian hasad telah menjadi lebih berleluasa pada 2023, dengan lebih 1,400 mangsa yang kehilangan sekurang-kurangnya $20.6 juta antara Januari dengan Ogos, menurut data polis.

Pada Ogos 2023, OCBC menjadi bank pertama di kalangan tiga bank tempatan yang memperkenalkan langkah untuk menghalang aplikasi mudah alihnya daripada berfungsi apabila ia mengesan aplikasi berniat jahat pada peranti yang sama.

Sejak itu, bank-bank lain juga telah memperkenalkan ciri serupa dengan aplikasi mudah alih mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >