Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

SIA catat untung bersih $1.44b

Nov 08, 2023 | 05:31 PM



Kumpulan penerbangan nasional Singapore Airlines (SIA) mencatat pendapatan separuh pertama 2023 pada paras rekod, walaupun dalam suasana ketegangan geopolitik, harga bahan api meningkat dan keadaan ekonomi lebih lemah.

Dirangsang permintaan perjalanan yang kukuh, SIA mencatat keuntungan bersih sebanyak $1.44 bilion bagi separuh pertama 2023 hingga akhir September, naik 55 peratus daripada $927 juta bagi tempoh sama 2022.

Menurut laporan The Straits Times (ST), keuntungan operasi SIA meningkat 26 peratus kepada $1.55 bilion. Pendapatannya pula naik 9 peratus kepada $9.16 bilion


Syarikat itu mengumumkan dividen interim sebanyak 10 sen sesaham, dengan jumlah pembayaran $297 juta.

Pada 30 September, ekuiti pemegang saham kumpulan syarikat itu berjumlah $17.3 bilion, susut $2.5 bilion daripada 31 Mac. Ini selepas separuh daripada bon boleh tukar mandatori (MCB) berjumlah $3.4 bilion yang diterbitkan pada Jun 2021 ditebus oleh syarikat itu pada Jun 2023.

Penebusan itu menjadikan baki tunai SIA berkurangan $2.8 bilion kepada $13.5 bilion.

Keputusan separuh pertama itu menunjukkan angka operasi niaga yang kukuh.

SIA dan syarikat penerbangan kos rendahnya, Scoot, membawa seramai 17.4 juta penumpang dalam tempoh April hingga September 2023, meningkat 52.3 peratus dari tahun ke tahun.

Satu-satunya bidang perniagaan lebih lemah bagi SIA ialah perniagaan kargonya. Faktor muatan kargonya turun 8.4 peratusan mata kepada 52.7 peratus dari tahun ke tahun.

SIA menjangka permintaan bagi perjalanan udara kekal sihat sehingga suku pertama 2024. Ini mendorongnya mengembangkan khidmat rangkaiannya dengan pantas.

Bagi tempoh Julai hingga September, SIA antara lain telah memulakan semula penerbangan ke Busan, Korea Selatan; dan Scoot pula menyambung semula penerbangan ke Jinan, Nanchang dan Shenzhen di China.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >