Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Untung DBS naik 2% bagi suku ke-4 2023

Feb 07, 2024 | 01:53 PM



DBS Group Holdings, bank terbesar di Asia Tenggara berdasarkan aset, melaporkan pada 7 Februari pendapatan rekod bagi 2023, dengan lembaga pengarah bank tersebut mengusul satu saham bonus bagi setiap 10 saham yang dimiliki pemegang saham.

Pendapatan sebelum perbelanjaan sekali sahaja, naik 2 peratus kepada $2.39 bilion pada suku Oktober hingga Disember 2023 berbanding tempoh sama pada 2022.

Termasuk perbelanjaan sekali sahaja bagi kos penyepaduan Citibank Taiwan dan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bank itu, keuntungan bersih susut 3 peratus kepada $2.27 bilion berbanding 2022.

Sebagai sebahagian komitmen CSR bank itu yang diumumkan baru-baru ini, iaitu sehingga $1 bilion dalam tempoh 10 tahun untuk membantu golongan memerlukan dalam masyarakat di sini, DBS telah mengetepikan sumbangan permulaan sebanyak $100 juta pada suku keempat 2023 bagi tujuan itu, menurut bank tersebut.

Keuntungan bersih DBS bagi keseluruhan 2023 naik 26 peratus kepada $10.3 bilion, lapor The Straits Times (ST).


Penganalisis dalam tinjauan Bloomberg mengunjurkan keuntungan bersih DBS sekitar $2.4 bilion bagi suku keempat 2023, dan $10.3 bilion untuk keseluruhan 2023.


Pulangan ekuiti (ROE) meningkat kepada paras tertinggi baru sebanyak 18 peratus, jauh melebihi tahun-tahun sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DBS, Encik Piyush Gupta, berkata perniagaan francais dan transformasi digital bank itu yang dijalankan sejak sedekad lalu telah memberi manfaat besar dalam persekitaran kadar faedah lebih tinggi.

“Walaupun kadar faedah dijangka berkurangan dan ketegangan geopolitik berterusan, kekuatan francais kami akan meletakkan kami dalam kedudukan baik untuk mengekalkan prestasi pada tahun mendatang,” tambahnya.

Lembaga pengarah DBS telah mengusulkan dividen akhir sebanyak 54 sen sesaham untuk suku keempat 2023, naik enam sen daripada dividen sebelumnya.

Dengan itu, dividen biasa bagi 2023 menjadi $1.92 sesaham, meningkat 42 sen daripada 2022.

Di samping itu, lembaga pengarah DBS mengusulkan pemberian satu saham bonus untuk setiap 10 saham yang dimiliki pemegang saham.

Saham bonus itu juga layak menerima dividen, bermula daripada dividen interim suku pertama 2024, yang akan meningkatkan kadar pulangan modal kepada pemegang saham.

Kecuali jika berlaku keadaan tidak dijangka, dividen biasa tahunan pada masa depan ialah $2.16 sesaham bagi asas saham lebih besar itu, iaitu naik 24 peratus daripada $1.92 sesaham untuk tahun kewangan 2023.

Pada suku keempat 2023, jumlah pendapatan DBS meningkat 9 peratus kepada $5.01 bilion, hasil pendapatan faedah bersih lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >