Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Irama Melayu lama dipegang sebagai inspirasi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Irama Melayu lama dipegang sebagai inspirasi

Jul 24, 2016 | 05:30 AM



KALAU ada kemahuan, pasti ada jalan.



Sebagaimana sukar pun keadaan, irama hati Cik Nabillah Jalal sentiasa 'berlagu' gembira dan positif dalam memburu segulung ijazah Sarjana Muda Muzik (Persembahan) daripada Royal College of Music (RCM) di London.



Beliau, yang baru tamat pengajiannya baru-baru ini, lebih terharu apabila bertemu teman sehati sejiwa dengannya yang cenderung berseni tanpa melupakan jati diri sebagai anak Melayu meskipun sudah menjelajah ke luar negara.



Menerusi kolektif seni The Bhumi, Cik Nabillah, 23 tahun, bergerak sebagai pengarah muzik taridra Bhumi yang bakal disajikan bulan depan sempena pesta seni raksasa sedunia, Pesta Pinggiran Edinburgh.



Ketika dihubungi menerusi e-mel, gadis manis yang menjalankan kajian mengenai muzik Melayu lama daripada era P. Ramlee, bangsawan dan pop yeh-yeh itu berkata:



"Dengan tamatnya pengajian di RCM, ia bak tiket yang amat penting dalam saya mendorong dan mempengaruhi perubahan minda ramai terhadap seni.



"Saya berharap dapat menjadi sumber inspirasi buat generasi akan datang, bahkan mencipta satu kisah kejayaan buat tatapan mereka.



"Sebagai seseorang yang datang daripada keluarga sederhana dan bukan daripada institusi muzik, saya tidak menjadikan faktor kewangan sebagai hambatan dalam mengecapi impian mengejar cita-cita dalam bidang muzik di rantauan."



Cik Nabillah, bekas pelajar Maktab Rendah Nanyang, meneruskan pengajian muzik di RCM tanpa mengambil muzik sebagai subjek bagi peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A'.



Beliau mengambil peperiksaan muzik secara privet dengan kos pengajian tingginya yang mencecah $38,000 setahun (bagi tempoh empat tahun), mendapat tajaan beberapa pihak seperti Yayasan Trailblazer, Mendaki, Dana Live It Up Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East, Kelab Masyarakat Bukit Timah dan Anugerah Belia Harapan Goh Chok Tong.



Dalam menjalankan kajiannya tentang muzik Melayu lama, beliau dibantu seorang penggiat seni dan anggota baru kumpulan The Rhythm Boys, Iskandar Khairuldin, dalam proses kajiannya.



"Saya dapati bahawa muzik Melayu lama mempunyai banyak unsur muzik daripada budaya lain seperti Arab dan Cina. Perihal ini sendiri membuatkan muzik Melayu begitu unik sebab ia mendapat sentuhan perisa dari serata dunia dan akhirnya menghasilkan irama yang baru.



"Saya berharap anak muda masa kini dan generasi akan datang lebih menghayati muzik dan lirik Melayu lama terutama yang dijana tokoh tersohor seperti P. Ramlee, Yusnor Ef dan juga penggiat pop yeh-yeh.



"Kalau muzik klasikal lama masih bertahan hingga kini, tentunya muzik Melayu lama juga kekal malar segar. Ada ungkapan menyatakan 'tak 'kan Melayu hilang di dunia', begitu juga dengan muzik Melayu kita," ujarnya yang melihat muzik lama sebagai lambang keadaan sosial masyarakat era tersebut.



Ditanya mengenai peranannya sebagai pengarah muzik taridra Bhumi, beliau berkata:



"Kepuasan yang saya rasakan ialah apabila dapat berkongsi pengetahuan saya tentang muzik klasikal Barat dan Melayu bersama teman-teman lain.



"Muzik Melayu kadangkala tidak diutamakan dalam konteks antarabangsa serta tidak meraih pendedahan sewajarnya di negara Barat, mungkin kerana masyarakat Melayu hanya kecil sahaja jumlahnya di dunia ini.



"Bagaimanapun, ini tidak bermakna kita diamkan sahaja budaya Melayu. Dengan adanya penglibatan seniman bukan Melayu, saya dapat menebarkan kepentingan dan dinamisme muzik Melayu kepada mereka," ujarnya, yang akan kembali ke Singapura September ini bagi menjalankan kerja kemasyarakatan dalam bidang seni.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >