Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Pemenang kempen #BH60Raya sertai bengkel kenali telefon Huawei

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pemenang kempen #BH60Raya sertai bengkel kenali telefon Huawei

Sep 16, 2017 | 05:30 AM



DUA pemenang bertuah yang memuatnaikkan gambar paling kreatif sempena sambutan #BH60Raya baru-baru ini dihadiahkan telefon bijak Huawei terkini P10 Plus.



Bengkel percuma yang memperkenal kegunaan baru telefon bijak itu turut disediakan.



Suri rumah Nasriyah Kaching, 49 tahun, memuat naik gambar anak dan saudara perempuannya yang tidur dalam van dek kepenatan beraya, dengan kapsyen 'Beraya bersama, terlentok pun bersama. Semangat Kekeluargaan'.



Cik Nasriyah menghadiri bengkel itu bersama anaknya, Cik Nurul Natasha Mahat, 21 tahun.



Mereka teruja oleh bengkel Huawei kerana terdapat pelbagai fungsi pada kameranya, yang persis kamera profesional. Huawei bekerjasama dengan syarikat kamera masyhur Leica bagi menghailkan kamera itu.



Seorang lagi peserta, Cik Ummi Nurul Syafiqah Abu Bakar, 22 tahun, menghadiri bengkel itu mewakili ibunya, Cik Umi Normasriah Abu Bakar yang tidak dapat hadir. Gambar yang dimuat naik ialah keluarganya bermain guli di Melaka.



Cik Ummi Nurul Syafiqah juga tertarik pada kecanggihan kamera telefon itu serta fungsinya, termasuk boleh mengaktifkan dua nombor telefon tanpa perlu memasukkan kad SIM kedua.



Encik Saiful Nizam Amri, Pengurus Latihan, Kumpulan Perniagaan Pengguna, Huawei Singapura, berkongsi antara yang menarik ialah fungsi 'pro' yang membolehkan pengguna tukar 'setting' kamera.



Antara fungsi yang mungkin pengguna kurang tahu ialah akaun berbilang pengguna, yang membolehkan pengguna memiliki lebih satu profil dalam telefon bijak.



Huawei P10 Plus juga ada fungsi aplikasi berkembar.



Contohnya, dua akaun aplikasi WhatsApp boleh digunakan pada masa sama dalam satu telefon.



Menurut Pengarah Urusan, Kumpulan Perniagaan Pengguna, Huawei Singapura, Encik Cheng Jiangfei, Huawei akan terus berkomunikasi dengan pengguna melalui saluran tradisional serta wadah media sosial.



Baru-baru ini, Huawei berkerjasama dengan TUV Rheinland supaya keselamatan teknologi mengecas SuperCharge Huawei disahkan.



Huawei juga bekerjasama dengan Leica untuk "memperbaiki kualiti gambar" dan akan menjadi syarikat pertama menggunakan cipset kecerdasan buatan.



Huawei Mate 10 akan diumum di Munich, Jerman, bulan depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >