Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18

Skarsgard rela jadi Tarzan kerana skrip dan minat sejak kecil

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Skarsgard rela jadi Tarzan kerana skrip dan minat sejak kecil

Jul 25, 2016 | 05:30 AM



ALEXANDER Skarsgard akan mengenakan cawat bagi filem terbarunya - adaptasi daripada Tarzan.



Kebetulan bintang siri True Blood dan Battleship yang dilahirkan di Sweden itu berkata yang beliau adalah peminat setia watak Tarzan sejak kecil.



"Beliau bak watak adiwira asli, yang ditulis ceritanya sejak beratus tahun lalu.



"Ketika itu, terdapat mesej baik mengenai ilmu alam.



"Saya fikir watak itu cukup lasak, hanya tanpa sebarang peralatan dan tidak mampu terbang.



"Beliau hanya seorang lelaki yang membesar dengan beruk di hutan," katanya.



Sememangnya filem yang berjudul The Legend of Tarzan itu tidak serupa dengan filem aslinya.



Kisah Tarzan lahir pada 1912 dengan penerbitan Tarzan of the Apes, dan kemudian terdapat lebih 200 filem dengan jenama Tarzan, termasuk komik, pementasan di radio, penerbitan Broadway, permainan video dan produk lain yang memaparkan watak tersebut.



"Apabila saya menerima skripnya, saya rasa ingin tahu bagaimana jalan ceritanya memandangkan kisahnya sudah banyak kali didengar dan ditonton.



"Jadi saya ingin tahu apakah perbezaannya.



"Terkejut juga saya selepas membacanya.



"Sebabnya ialah permulaan perkenalan kepada watak itu dilakukan dengan cukup bijak.



"Apabila ia bermula, filem itu memaparkan sesi minum teh mengikut cara orang Britain dengan seorang pegawai kanan kerajaan.



"Ia berbeza dengan novel dan filem lamanya, di mana seorang yang sudah lama tinggal di hutan cuba menyesuaikan diri dengan masyarakat umum.



"Tapi kali ini ia mengisahkan seorang lelaki yang sudah biasa dengan hidup bermasyarakat cuba kembali ke hutan.



"Saya rasa ini cukup menarik," ujarnya.



Skarsgard menekankan juga hubungan antara Tarzan dengan Jane yang dilakonkan aktres Australia, Margot Robbie.



"Ia cukup penting kerana ia memaparkan usaha John dengan Jane untuk kembali hidup bersama.



"Saya fikir penting untuk mewujudkan keselesaan antara satu sama lain di awal penggambaran, kerana jika peminat tidak dapat melihat cinta antara kededua pasangan itu, mereka tidak akan peduli langsung sekiranya pasangan tersebut kembali bersama," katanya.



Bagi Skarsgard, Robbie merupakan pelakon yang sesuai melakonkan watak Jane.



"Beliau seorang wanita yang cukup berani, bijak dan lasak selain berdikari," jelasnya.



Tidak kira apa jua pandangan ramai tentang filem terbaru Tarzan ini, yang pasti mereka akan kagum dengan ketrampilan fizikal Skarsgard.



"Saya bukan sekadar makan dada ayam dan angkat berat.



"Saya juga telah ke kelas tarian kelolaan jurutari terkenal Wayne McGregor, yang mempunyai syarikat baletnya sendiri.



"Maka cukup sukar baginya bekerjasama dengan saya yang sukar berdiri atas jejari kaki saya sendiri," ujarnya berseloroh.



Yang pasti Skarsgard menganggap pengalaman selama lapan bulan itu cukup menyeronokkan.



"Sepanjang lapan bulan itu, saya diajar tentang ciri-ciri fizikal Tarzan atau John.



"Daripada posturnya sehinggalah kepada seorang ahli bangsawan dan kemudian kepada watak Tarzan yang tinggal di hutan," ceritanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >