Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Aaron tiada niat peram filem kedua arahannya selama lapan tahun

Setelah lalui hambatan pandemik, ‘Sayu Yang Syukur’ ditayang 28 Dis
Dec 26, 2023 | 03:00 PM



KUALA LUMPUR: Pengarah dan pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz, mengakui, filem Sayu Yang Syukur (SYS) yang beliau arah dan lakonkan baru sahaja berpeluang untuk ditayangkan pada 28 Disember ini biarpun karya tersebut telah dimulakan penggambarannya pada 2015.


Menurut Aaron, perkara itu bukan disengajakan kerana dalam tempoh lapan tahun, pelbagai halangan terpaksa dilalui oleh seluruh penerbitan filem itu termasuk tiga tahun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia gara-gara wabak Covid-19, lapor laman Utusan Malaysia.


Aaron menambah, pembabitannya selaku pengarah bermula setelah ditawarkan sendiri oleh Penerbit Eksekutif, Allahyarham Gulzar Mohamad Noor Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mohd Atlas pada 2015.

Diterbitkan syarikat Nusanbakti Production, filem Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua arahan Aaron selepas Romeo Kota.


“Bukan satu hal yang disengajakan. Kami memang sudah rancang nak keluarkan filem ini pada tarikh yang dirasakan sesuai, tetapi banyak pula halangan berlaku termasuk Covid-19.

“Selain itu, kami juga mengambil masa yang agak lama untuk proses suntingan sebab versi yang asal sebenarnya, lebih panjang lagi. Saya pula mahu memastikan hasil akhir dalam keadaan terbaik, jadi memang fokus itu diberikan lebih.

“Pada masa yang sama, apabila dah sedia nak keluarkan, kita tengok ada banyak pula genre filem lebih kurang sama dan kami buat keputusan untuk tunggu dulu sebab tak nak kacau pasaran,” katanya.

Aaron berkata demikian semasa ditemui pada majlis tayangan perdana filem SYS yang diadakan baru-baru ini.

Selain itu, ketika ditanya mengenai cabaran lain memandangkan beliau turut menggalas dua tanggungjawab dalam satu masa, kata Aaron, dirinya telah mencuba sehabis baik bagi memastikan laluan keseluruhan filem berjalan dalam keadaan sempurna.

Bagaimanapun, beliau mengakui kurang tidur selain amat jarang bertemu dengan keluarga.

“Banyak cabaran sebagai pengarah, termasuk perlu berlakon dan menjaga set penggambaran.

“Bayangkan, sepanjang 60 hari penggambaran, saya dalam keadaan tertekan, tidak cukup tidur malah tidak dapat bertemu anak-anak,” katanya.

Tambah Aaron lagi, watak Qudaim yang dibawanya juga antara yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

“Watak ‘gila’ Qudaim saya tambah sendiri sebab saya sebagai pengarah boleh mengolah skrip sebab mahu tunjukkan kelainan agar jalan ceritanya berbeza.

“Saya sudah berlakon dalam banyak filem dan drama romantik. Jadi saya mahu beri kelainan tanpa terlalu memfokuskan suasana romantis terlalu banyak. Dalam filem ini, 90 peratus babak dramatik dan selebihnya sahaja romantik,” jelasnya.

Filem ini mengisahkan tentang Liana yang dilakonkan Nora Danish terlibat dalam kemalangan semasa pulang ke kampung dan ditemui Qudaim (Aaron).

Pertemuan tersebut menjadi satu permulaan baru buat Liana apabila maruahnya tercalar, sekali gus bimbang sekiranya nama baik keluarganya turut terjejas.

Selain Aaron, Sayu Yang Syukur turut dibintangi Arja Lee, Fairi Khalil, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Raja Emma dan ramai lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >