Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

TENGOK WAYANG

Adrenalin pecut laju...

Filem lumba kereta, ‘Gran Turismo’, bakar semangat kejar impian
Aug 09, 2023 | 05:30 AM



Tayar kereta lumba berdecit dan membuat telinga ini terasa ngilu.

Deruan enjin bising kedengaran dalam pawagam. Dalam hati tertanya-tanya apakah sebenarnya yang membuatkan sebilangan besar belia, baik lelaki atau wanita begitu terpaut pada sukan lumba kereta?

Setelah menonton filem Gran Turismo: Based On A True Story yang akan menemui penonton di pawagam Singapura pada Khamis, barulah saya faham mengapa mereka ‘mabuk kereta lumba’.


Filem yang dipadankan daripada permainan video kegemaran ramai Gran Turismo ini adalah berdasarkan kisah sebenar pelumba British, Jann Mardenborough (lakonan Archie Madekwe), pada awal dirinya menceburi sukan lumba kereta secara profesional.


Mardenborough menyertai siri lumba kereta Japanese Super GT dan pada 2011 adalah pemenang paling muda dan yang ketiga menjuarai peraduan anjuran GT Academy itu setelah bersaing dengan 90,000 orang.

Hadiah yang diterimanya adalah peluang memandu untuk jenama Nissan pada perlumbaan 24 Jam Dubai. Selanjutnya, beliau bersaing dalam Kejuaraan Eropah Formula 3 dalam Siri GP3 dan GP2.

Filem Gran Turismo ini dihasilkan dengan Mardenborough bertindak sebagai penerbit bersama. Ia juga dibintangi David Harbour sebagai Jack Salter, jurulatih Jann dan Orlando Bloom sebagai eksekutif pemasaran sukan lumba kereta, Danny Moore, yang bekerja dengan Nissan. Wataknya dipadankan daripada individu sebenar iaitu pengasas GT Academy, Darren Cox.


Yang menarik tentang filem ini adalah jalan ceritanya yang penuh inspirasi tentang mengejar impian. Seorang kaki ‘game’ boleh berjaya mencapai prestasi cemerlang selaku pelumba profesional seperti Mardenborough yang bekerja keras untuk memburu impiannya.


Mardenborough adalah pemain permainan video Gran Turismo yang memiliki kemahiran luar biasa sehingga dirinya memenangi siri peraduan permainan video yang ditaja Nissan untuk bergelar pelumba kereta profesional sebenar di litar lumba.


Neill Blomkamp, selaku pengarah, berjaya mengetengahkan babak saspens atau pencetus inspirasi buat sesiapa yang berasakan dirinya masih lagi bertatih dalam sesuatu bidang dan belum cukup dikenali untuk mencapai tangga jaya.

Beberapa babak dalam filem ini disisipkan dengan imej janaan permainan komputer yang kelihatannya menyeronokkan sehingga anda terasa diri anda tenggelam dalam dunia permainan video.

Di alam realiti akan ada orang yang tidak menyenangi kejayaan orang lain. Akan wujud jurang generasi antara seseorang yang berasakan dirinya sudah cukup banyak makan garam berbanding seseorang yang lain yang masih hijau tetapi ghairah mencuba.

Ini terjadi dalam pergeseran watak Jann dan Jack. Jack tidak begitu yakin budak-budak ‘gamer’ akan dapat beraksi di litar lumba sebenar dan enggan memberi harapan kepada Jann yang dianggap hanya ‘terror’ di litar lumba maya.


Hanya mungkin kerana jalan ceritanya agak terlalu mudah dihadam, ia kelihatan sudah dapat dijangka, apa lagi dengan dialog yang boleh diramalkan.

Bagaimanapun, filem ini adalah yang perlahan-lahan membangun keyakinan diri anda untuk melihat lebih aksi pada penghujungnya. Madekwe sebagai pelakon muda yang pernah memenangi Anugerah Screen bagi Bintang Harapan Antarabangsa Akan Datang 2017 nampak bersahaja dalam lakonannya sebagai pemuda bercita-cita tinggi.

Pemandangan pelbagai litar lumba pastinya dekat di hati pemain permainan video Gran Turismo. Tidak banyak cacat cela pada filem ini walaupun peminat Orlando Bloom yang terbiasa melihatnya sebagai wira inginkan lebih banyak adegan membabitkannya.


Pada akhirnya, inilah filem yang sesuai untuk membakar semangat sesiapa yang pudar ditelan rasa kurang yakin orang lain terhadap kebolehannya. Inginkan pencetus inspirasi untuk kembalikan nyala rasa anda? Gran Turismo adalah filem yang tepat untuk ditonton selain ia juga menggambarkan tentang dunia e-sukan yang kian berkembang maju.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >