Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bakat muda S’pura senangi lagu semangat juang sempena Hari Kebangsaan

Umar Sirhan rasa bertuah dapat kongsi pentas dengan Fauzie Laily
Aug 03, 2023 | 05:30 AM



Antara impian komposer dan penyanyi muda Singapura, Umar Sirhan, adalah berkongsi pentas dengan bakat serba boleh, Fauzie Laily, dalam satu acara berskala nasional seperti Konsert Hari Kebangsaan 2023 anjuran bersama Gardens by The Bay dan Mediacorp.

Selepas terlibat dalam Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) yang terbatas pergerakan dan patuh pada norma jarak selamat sewaktu pandemik 2020, Umar, 25 tahun, gembira diundang sekali lagi ke konsert edisi kelima untuk menyanyikan lagu ‘mashup’ atau adunan dua lagu, Sweet Dreams dan Seven Nation Army di The Meadow pada 5 Ogos ini.


Beliau bergandingan dengan Fauzie bagi persembaha yang dianggap bernadi patriotisme dan semangat juang yang utuh.

Konsert percuma antara 4.30 petang dengan 9 malam di The Meadow (Gardens by The Bay) itu diterajui deejay Vernetta Lopez dan Fauzie selaku pengacara bersama. Ia turut dijayakan Kit Chan, Ann Hussein, Clement Chow, JJNeo dan lapan peserta terbaik peraduan realiti Juara Mic Junior.


“Alhamdulillah, impian saya bergabung tenaga dengan Fauzie menjadi nyata. Saya teruja berada di pentas bersamanya bagi persembahan skala nasional sempena Hari Kebangsaan. Saya ingat semasa menonton Fauzie di kaca televisyen, saya masih di sekolah rendah lagi.

“Fauzie insan yang merendah hati dan mudah diajak bekerjasama. Beliau peramah dan buat saya rasa selesa. Kalau ada Fauzie, maka rasa gementar saya pun perlahan-lahan luput,” cerita Umar.

Umar mula berkecimpung dalam bidang muzik sebagai artis solo sekitar empat hingga lima tahun lalu. Tahun lalu pula, beliau mengeluarkan lagu-lagunya di gedung digital Spotify dan Apple Music.

Bakat luar biasanya dikesan pada 2017 di mana beliau merupakan artis yang membuka tirai bagi majlis pelancaran album bakat setempat Lewloh.

Sejak itu, Umar dilibatkan dalam acara amal Mediacorp, President’s Star Charity, di mana beliau turut menyanyikan lagu tema, Believe.


Dengan vokalnya yang menyejukkan hati serta lirik yang dicoret indah dan penuh refleksi, Umar dapat menjana pengikutnya sendiri yang sukakan lagu-lagu seperti If, Evergreen dan Love from Afar. Lagu itu mendapat sambutan menggalakkan dan ia distrim lebih 1.2 juta kali.


“Saya kini merancang album tahun depan dan ingin bekerjasama dengan ramai artis.

“Saya bersyukur penglibatan dalam muzik membolehkan saya merasakan situasi ketika pandemik dan impaknya kepada anak seni. Tempoh krisis itu datang dengan pelbagai peraturan yang menekankan keterbatasan pergerakan. Banyak penyesuaian yang perlu dibuat ketika itu.

“Bagi saya, generasi anak seni muda sekarang cukup beruntung dari dahulu. Mereka kini boleh wujudkan platform sendiri untuk mencorak karya seni bagaimana yang ingin dipasarkan. Kita kini perlu gigih memperjuangkan kerja seni kita bersama.

“Ada banyak acara yang boleh pemuzik muda sertai selepas tempoh Covid-19 yang perit ini. Saya harap artis muda akan meneruskan momentum menjana karya baru yang bermutu,” tambah Umar.

Daripada segi perancangan album baru pula, Umar, yang sukakan irama R&B, akur kini mula jatuh hati pada lagu dendang rakyat. Justeru itu, beliau akan sejajarkan dan adun irama dendang rakyat ini dengan R&B.

“Album ini menggambarkan proses keluarnya saya dari zon selesa. Mana-mana irama yang saya tak pernah dengar, saya akan buat. Saya terpengaruh dengan muzik John Mayer dan artis tempatan, Charlie Lim.

“Merekalah sumber inspirasi saya untuk terus berkarya. Muzik mereka unik dan segar. Dengar sahaja lagu mereka, saya terdorong buat lagu macam mereka juga,” katanya.

Umar berpesan kepada generasi pemuzik muda agar memanfaatkan sepenuhnya media sosial agar kewujudan mereka dalam wadah itu diketahui. Mereka boleh buat ‘cover’ pendek selama 20 hingga 30 saat dan daripada situ bangunkan lagi karya yang dapat memancing peminat.

Sungguhpun begitu, Umar, yang lebih senang memuatnaikkan kerja seninya di Instagram dan YouTube, tidak begitu mesra dengan TikTok yang dianggap terlalu kecoh sebagai wadah pemasaran.

“Kalau boleh, saya nak bekerjasama dengan Charlie yang mempunyai budaya kerja yang selari dengan apa yang saya bangunkan. Cita rasa kami sama. Inspirasi saya biasanya datang daripada diri sendiri atau perspektif pemikiran teman-teman,” jelasnya lagi.

Umar berharap beliau dapat menjadi mentor buat pemuzik muda yang perlu seimbangkan antara apa yang mereka suka dengan apa yang mereka perlu lakukan sebagai artis untuk menarik perhatian ramai.

“Kebiasaannya kita takut nak luahkan apa yang kita mahu dalam sebuah karya seni. Lama-kelamaan kita akan condong dengan muzik yang orang umum lebih suka. Ia akan menimbulkan kesulitan bagi meletakkan diri kita sebagai artis yang unik di pasaran. Itulah kekhuatirannya,” ujarnya.

Pada masa lapang, Umar suka memasak sajian pasta dan terlibat dalam kegiatan lasak di luar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >