Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Band mapan ucap ‘Selamat Tinggal’ pada 2023

Aug 02, 2023 | 05:30 AM



Pada Jumaat dan Sabtu ini, band Amerika, Mr Big akan membuat persembahan terakhirnya di Teater Marina Bay Sands, dalam rangka konsert jelajah ‘Selamat Tinggal’ mereka kepada peminat setia yang selama tiga dekad menyokong mereka.

Band ini adalah antara beberapa band yang akan mengundurkan diri tahun ini atas faktor komitmen pada tugasan lain, projek peribadi mahupun faktor usia.

Mr Big dikenali sebagai peneraju lagu rok hit, To Be With You, Just Take My Heart dan Nothing But Love.


Dalam satu wawancara bersama media Singapura, pemain bes Mr Big, Billy Sheehan, 70 tahun, berkata mereka bertekad meninggalkan dunia seni dengan satu konsert yang menghiburkan hati.

“Kebanyakan masa, orang ramai berkata inilah konsert jelajah ‘Selamat Tinggal’ tetapi mereka kemudian muncul balik di persada seni. Bagaimanapun, kami ingin anda tahu ini benar-benar konsert ‘Selamat Tinggal’. Kami ingin ucapkan terima kasih dan selamat tinggal sebab kami benar-benar cintakan peminat kami yang sangat baik hati,” jelasnya.

Mr Big juga dianggotai penyanyi Eric Martin, 62 tahun, gitaris Paul Gilbert, 56 tahun. Keadaan bagi kumpulan ini tidak sama lagi selepas pengasas band, Pat Torpey, meninggal dunia kerana komplikasi ekoran penyakit Parkinson’s pada 2018, ujar Sheehan.

Torpey berusia 64 tahun sewaktu beliau meninggal dunia. Beliau ada bersama band ini dalam persembahan di Panggung Kallang pada 2017.

“Pat sangat baik hati. Beliau sahabat rapat saya dalam perniagaan muzik juga. Pat orang yang sangat penting dalam mencorak bunyian dan gaya persembahan Mr Big,” jelas Sheehan.

Bagi persembahan terakhir di Singapura, band ini telah mendapatkan khidmat pemain dram Nick D’Virgilio, 54 tahun, seorang pemuzik Amerika yang pernah membuat persembahan bersama band terkenal seperti Genesis dan Tears For Fears.







Kumpulan rok Aerosmith juga akan melancarkan konsert jelajah ‘Selamat Tinggal’ mereka di Amerika Utara mulai 2 September ini. Konsert sekitar Los Angeles, New York, Toronto, Chicago dan Boston akan tamat pada 26 Januari depan di Montreal.

“Ini bukan selamat tinggal. Inilah tempoh keamanan buat semua. Bersiap sedia dan anda akan diberi persembahan paling hebat,” kata vokalis Steven Tyler.

Pengumuman mengenai konsert jelajah terakhir Aerosmith ini diadakan beberapa bulan selepas seorang wanita, Julia Misley, menyaman Tyler kerana serangan seksual yang didakwa berlaku pada 1970-an. Tyler bagaimanapun menafikannya.







Selepas lebih 50 tahun menghiburkan dunia, kumpulan The Eagles pula mengumumkan tarikh bagi konsert jelajah terakhirnya, The Long Goodbye, pada 7 September yang akan bermula di Madison Square Garden di New York.


Kata pegawai promosi Eagles: “Kumpulan The Eagles sudah mencatat pencapaian menakjubkan selama 52 tahun dengan membuat persembahan serata dunia dan memastikan muzik mereka kekal malar segar walau dalam situasi kehilangan tragik, pergolakan dunia dan kegagalan dalam apa jua cara.”

Nota: Tiket Mr Big berharga $88 hingga $218 boleh ditempah di laman, kaunter dan talian Sistic.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >