Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Bekas isteri pilu ND Lala buang keluarga kerana kahwin baru

Aug 10, 2023 | 11:22 AM



Usaha menyelamatkan rumah tangganya sudah dilakukan tetapi apakan daya.

Inilah yang dinyatakan Fauziah Sarman, bekas isteri penyanyi dan pelakon, Datuk ND Lala.

“Saya cuba ikhtiar, berjuang macam-macam. Dah penat berjuang seorang diri. Sekarang sudah tiba masa melepaskannya. Bukan tanda mengalah, tetapi saya sudah tak kuasa. Siapa nak ambil-ambillah,” jelas Fauziah kepada laman Berita Harian (Malaysia) pada Rabu malam.


Fauziah, 55 tahun, berkata, beliau melihat ND Lala tidak lagi menghargai dirinya sejak 10 tahun kebelakangan ini.

“Saya digantung tak bertali dan ia berlaku sejak tahun lalu. Ketika balik selama tiga bulan, kehidupan saya jadi huru-hara. Dia memang fokus pada wanita itu dan dalam bahasa kasarnya, dia buang anak isterinya begitu sahaja. Dia memang buang kami.

“Sebab kahwin lain, seorang rakannya kata dia takkan ceraikan saya. Jika saya minta cerai, dia akan ceraikan, mungkin,” tambah ibu penyanyi Shila Amzah itu lagi.

Fauziah memaklumkan, ND Lala pernah balik rumah selama tiga bulan pada 23 Januari tahun ini. Namun, keadaan menjadi huru-hara dan berlaku pergaduhan setiap hari.

“Kami bergaduh besar pada 1 April lalu. ND Lala entah macam mana buat pengakuan sudah berkahwin dengan Siti Munirah pada Disember lalu. Dia tipu saya kata Disember. Mungkin daftar Disember, tetapi menurut sumber, dia dan Siti Munirah sudah lama berkahwin, iaitu sejak lapan tahun lalu.

“ND Lala mengakui bapa perempuan ini menikahkan mereka. Tetapi, saya cuba semak di pejabat agama tiada pun pendaftaran perkahwinan dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, Fauziah menerusi Instagram (IG) pada Rabu mengesahkan ND Lala sudah melafazkan cerai terhadapnya pada 2 Ogos lalu. Beliau juga memaklumkan, lafaz cerai itu dibuat di Masjid AR Rahman, Bangsar dan hanya dimaklumkan mengenainya menerusi kiriman WhatsApp, pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >