Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Destinasi dekat pilihan Generasi Z, Milenial mewah

Tinjauan Marriott International dedah cita rasa ‘native explorer’ yang puas melancong jauh sewaktu kecil
Jul 16, 2023 | 05:30 AM



Sejak kecil lagi, mereka sudah terbiasa melancong ke negara jauh. Justeru itu, apabila dewasa, mereka lebih senang memperuntukkan masa dan wang mereka bagi mengunjungi destinasi yang berdekatan dengan negara mereka, sekurang-kurangnya untuk dua tahun mendatang.

Begitulah cita rasa pengembara Generasi Z (18-24 tahun) dan milenial (25-41 tahun) yang membentuk kelompok baru yang dipanggil ‘pengembara asli’ atau native explorer oleh pemimpin sektor pelancongan dan layanan tamu sejagat.


Ini kerana mereka lebih senang mengunjungi kawasan asal usul mereka sendiri di mana mereka dibesarkan.

Berbanding ibu bapa atau moyang mereka yang semakin berusia semakin kepingin mengembara jauh bahkan menabung untuk ke negara jauh, golongan ini pula lebih selesa ke negara berdekatan di benua Asia.

Pengamatan terperinci mengenai ‘pengembara asli’, istilah yang baru tercipta Jun lalu itu, didedahkan dalam satu tinjauan rangkaian hotel Marriott International.

Tinjauan itu melibatkan 601 peserta dalam kelompok Generasi Z (18-24 tahun) dan milenial (25-41 tahun) yang lebih berkemampuan dari Australia, China, Jepun, India, Singapura dan Korea Selatan.

Sekitar 85 peratus daripada mereka yang ditinjau berasakan masih banyak lagi yang ingin diteroka dalam destinasi yang dekat dengan Singapura.

Dalam pada itu, tinjauan ini dibuat untuk lebih memahami sikap dan tingkah laku pelancong dan pada masa yang sama, membantu jenama mewah mencapai aspirasi mereka

Sejajar dengan dapatan tinjauan itu, Marriott International akan memperluas portfolionya yang tiada saingan dalam mengusahakan lapan jenama mewah dinamis kepada tempat lawatan paling popular di Asia seperti Sydney dan Bangkok serta destinasi baru iaitu Fukuoka dan Jiuzhaigou.

Dalam kenyataannya, Marriott International merancang membuka 12 hartanah mewah baru pada 2023 dan selanjutnya.

Tinjauan itu juga mendapati satu dalam empat orang yang ditinjau telah melancong sekurang-kurangnya ke dua benua di luar Asia Pasifik sebelum berusia 26 tahun.







Jadi ke manakah ingin dikunjungi anak muda mewah ini? Di luar dugaan ramai, Jepun menduduki tempat pertama dengan 53 peratus peserta meletakkannya sebagai negara yang ingin dikunjungi.

Ini diikuti dengan Korea Selatan (42 peratus) dan New Zealand (39 peratus).







Antara lain, Australia dan Thailand juga menjadi destinasi popular.

Menurut tinjauan itu juga, satu dalam empat ‘pengembara asli’ ini cuba mengelak gangguan ritma harian apabila berlakunyajet lag lantas memilih destinasi berdekatan.


Namun, semangat kembara masih membara, tidak kira jarak destinasi.

Sebanyak 43 peratus peserta yang ditinjau inginkan pengembaraan ke tempat yang kaya dengan alam semula jadi, yang dapat memberi mereka kesejahteraan manakala 36 peratus pula lebih suka meneroka budaya dan warisan sesebuah negara.

“Di peringkat sejagat, kami melihat peralihan yang tidak dapat dinafikan dalam kalangan pelancong ke arah usaha meraih pengalaman yang lebih bermakna, baik di destinasi baru atau biasa dikunjungi.

“Ini amat ketara di Asia Pasifik hasil penemuan kami mengenai corak perjalanan dan tingkah laku Generasi Z dan milenial,” ulas Encik Bart Buiring, Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran, Marriott International Asia Pasifik.

Beliau kemudian menambah: “Dengan pelancong muda yang mewah di Asia Pasifik tertarik ke arah percutian yang biasanya tidak begitu dikunjungi ramai dan jadual perjalanan yang kaya dengan budaya, kami sedang mengembangkan portfolio mewah kami ke destinasi yang paling dicari di rantau ini seperti Nara (Jepun), Sydney (Australia) dan Jiuzhaigou di China dengan sasaran membuka 12 hartanah pada 2023 sahaja.”

Takrifan pelancongan mewah diubah semula

Melalui tinjauan ini, golongan ‘pengembara asli’ telah mentakrifkan semula apa yang dimaksudkan sebagai pelancongan mewah – daripada eksklusif kepada pengalaman yang bermakna.

Apabila pelancongan beralih ke destinasi dan kembara yang kurang popular, satu dalam tiga responden (37 peratus) menyatakan hubungan manusia, layanan tamu dan menjadi sebahagian daripada masyarakat yang dikunjungi sebagai aspek penting bagi perjalanan kembara yang dianggap mewah.

Majoriti (58 peratus) responden juga percaya pengalaman sekali dalam seumur hidup dan detik-detik yang membuatkan mereka teruja adalah apa yang mencorak pengalaman pelancongan mewah.

Dalam memilih hotel mewah, lebih 50 peratus mementingkan faktor khidmat cemerlang dan kemudahan mewah.

Selain itu, khidmat peribadi yang khusus bagi keperluan pelancong juga memainkan peranan penting dalam pelancong memilih hotel tersebut, dengan 32 peratus menjangkakan perkhidmatan khusus seperti menyediakan penasihat kembara khusus buat mereka. Sebanyak 32 peratus pula lebih suka tinggal di hotel yang menawarkan jadual pelancongan yang disejajarkan khas dengan minat mereka.

Marriott International kini mengendalikan hampir 500 hotel dan resort mewah di 68 negara, termasuk 159 hartanah di Asia Pasifik.

Portfolio jenama mewah Marriott International bersedia memenuhi keinginan pelancongan yang visinya difikirkan semula dengan pembukaan hotel yang memberi inspirasi kepada pengembara moden.

Syarikat itu merancang meluaskan portfolio lapan jenama mewah dinamisnya ke tempat pelancongan paling popular di rantau ini seperti Sydney (Australia) dan Bangkok (Thailand) serta destinasi baru seperti Fukuoka, (Jepun) dan Jiuzhaigou (China).

Terokai destinasi melalui hotel mewah yang selesa

Sembilan dalam 10 responden lebih suka meneroka destinasi dengan bantuan dari hotel mewah mereka, berbanding membuat kajian sendiri atau menempah panduan tempatan sendiri.

Hampir separuh (45 peratus) memilih untuk makan masakan tempatan yang disediakan restoran hotel setempat; 39 peratus pula ingin mengalami budaya tempatan melalui program yang dirancang hotel dan 34 peratus pula berminat untuk mencuba pakej rawatan kesejahteraan yang boleh didapati di spa hotel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >