Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

D’Masiv bakal gegar The Star Theatre

Jul 03, 2023 | 05:10 PM



Setelah mengharungi perjalanan seni selama dua dekad, kumpulan Indonesia, D’Masiv, akan singgah ke Singapura bagi konsert jelajah 2OAD To The World yang akan berlangsung di The Star Theatre pada Khamis, 6 Julai.


Ini adalah sebahagian perancangannya menjelajah beberapa negara dengan konsert di Singapura ini menyusuli persembahan dua hari berturut-turut di Zepp Kuala Lumpur pada 2 dan 3 Jun.

Band yang terdiri daripada Rian Ekky Pradipta (vokalis), Dwiki Aditya Marsall (gitaris), Nurul Damar Ramadan (gitaris), Wahyu Piadji (pemain dram) dan Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (pemain bes) sudah bersedia menemui peminat Singapura dalam konsert yang turut diserikan dengan kehadiran kumpulan Masdo dari Malaysia sebagai pembuka tirai konsert.


Turut serta adalah penyanyi Ari Lesmana dari band Fourtwnty.

D’Masiv dikenali kerana lagu cinta seperti Cinta Ini Membunuhku, Jangan Menyerah, Apa Salahku, Pergilah Kasih dan Diam Tanpa Kata.


Menurut kenyataan penganjur Nusantainment, kugiran Masdo dan Fourtwnty dianggap amat istimewa sebab kededuanya berjaya menjadi band besar yang kerja seninya dikenal pasti melalui pelbagai pengalaman menarik termasuk merakam lagu di Studio Abbey Road di London.


D’Masiv bekerjasama dengan Nusantainment, sebuah platform acara dan promoter yang fokus pada menyediakan ruang untuk orang ramai berhimpun dan mewujudkan hiburan kelas dunia sambil menepati cita rasa mereka yang dahagakan hiburan bermutu tinggi.

Pengarah Kreatif Nusantainment, Ferra Arden Marcella, menjelaskan konsert ini akan menjadi keramaian besar-besaran untuk meraikan ulang tahun ke-20 D’Masiv dalam industri muzik.

“Konsert 2OAD To The World ini menjanjikan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan yang akan menjadikan penonton rasa terinspirasi, teruja dan lebih bersemangat. Dengan campuran aktiviti interaktif dan persembahan yang menarik, konsert ini tentunya akan menyediakan sesuatu untuk semua orang,” jelas Ferra.

Pengarah Perniagaan Nusantainment, Jehan Albert Fauzie, pula berharap Nusantainment boleh menjangkaui pencinta muzik Indonesia yang lebih meluas daripada pelbagai pelosok dunia.

“Konsert di Singapura adalah detik untuk kita menyatukan ‘Masivers’ (peminat D’Masiv) di merata dunia sebagai satu unit dan adalah menjadi harapan kami bahawa kami boleh menyediakan pengalaman yang payah dilupakan sepertimana yang kami raih di Malaysia,” ujar Jehan.

Rian, vokalis D’Masiv, juga mengingatkan peminat agar tidak tertinggal menikmati detik istimewa ini sebab kumpulannya menjanjikan akan memberi kejutan istimewa pada konsert itu.

“Jangan menyesal kerana ini adalah kali pertama kami mengadakan konsert solo di Singapura. Tentunya kami akan memberikan banyak kejutan buat peminat D’Masiv pada 6 Julai ini,” kata Rian dalam satu sesi ‘live’ di Instagram.

Tiket-tiket berharga $228 (termasuk pertemuan dengan band); $168; $138; $108, $88 dan $58 (pandangan terhalang) boleh ditempah di laman sg.bookmyshow.com. Ada reruai menjual cenderahati juga di lokasi persembahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >