Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dulu pelakon cilik, kini pengarah ‘top’

Jul 10, 2023 | 05:30 AM



Pengarah Ron Howard menyifatkan golongan pengarah sebagai pemimpin pasukan yang perlu mengurus jutaan dolar, mengendalikan ribuan kru dan berdepan dengan tuntutan menghabiskan sesebuah karya dalam masa suntuk.

“Lihat Stanley Kubrick, Wong Kar-wai dan Robert Altman. Mereka terjebak dalam kerja gila ini. Mereka memimpin dengan baik,” kata Howard, 69 tahun, yang bermula sebagai pelakon kanak-kanak dan kemudian terkenal dalam drama Happy Days.


Menurutnya dalam podcast IdeaCast, menarik apabila bakat yang ada di depan mata ini memperbaharui diri mereka untuk sesebuah rancangan televisyen.


“Apa yang berlaku di balik tabir tentunya menjejas hasil sesebuah filem.

Mendapatkan kru yang berpengalaman juga amat penting,” kata Howard yang mengarah pelbagai filem ‘meletup’ seperti A Beautiful Mind (2001), Apollo 13 (1995), dan Frost/Nixon (2008).


Malah, beliau pernah mengarah pelakon hebat seperti Tom Hanks, Nicole Kidman, Jay-Z, dan Bette Davis.

Dalam podcast itu, Howard mendedahkan bagaimana beliau menyaring bakat lakonan dan mengurus perbezaan kreatif di set termasuk apa yang dipelajarinya mengenai cara menangani mereka yang kepala angin menerusi pengalamannya menjadi jurulatih bola keranjang bagi pertandingan peringkat kanak-kanak.

Howard mengetengahkan barisan pelakon hebat dalam filem ceritera yang bakal menjalani penggambaran lewat 2023 di Queensland, Australia, Origin of Species, iaitu Jude Law, Noah Pink, Ana De Armas, Alicia Vikander dan Daniel Bruhl.


Projek itu akan diketengahkan dalam Pesta Filem Cannes akan datang.

Origin of Species adalah berdasarkan kisah sebenar tentang dua takrifan mengenai acara yang sama.


Howard menganggapnya sebagai filem komedi gelap mengenai pembunuhan dan penakatan yang berlegar di sekitar kehidupan sekumpulan individu yang mengetepikan peradaban Galapagos – kepulauan di Sepanyol.

Kesemuanya mencari erti hidup.

Ini adalah filem ceritera selanjutnya arahan Howard menyusuli Thirteen Lives yang dikeluarkan Prime Video tahun lepas mengenai peristiwa menyelamat belia di sebuah gua di Thailand.


Howard adalah contoh bekas pelakon cilik yang mampu bertahan dalam industri seni meskipun beralih di balik kamera untuk menjadi pengarah yang berjaya dan pernah memenangi Anugerah Academy bagi Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik untuk A Beautiful Mind.


Beliau mula berlakon dalam filem, The Journey pada 1959 sebelum muncul dalam siri antologi, The DuPont Show with June Allyson dalam episod Child Lost.


Namanya bagaimanapun dikenali sebagai Opie dalam The Andy Griffith Show. Beliau membawa watak anak Griffith.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >