Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ella catat sejarah di S’pura bila tiket laris dalam dua jam

Aug 21, 2023 | 02:00 PM



Ratu Rok, Ella Aminuddin, diiktiraf Buku Rekod Singapura (SBOR) sebagai penghibur Malaysia yang mencatat jualan tiket tertinggi bagi tempoh dua jam melalui Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Singapura selama dua malam mulai Khamis lalu.


Pada konsert itu, Ella menarik lebih 10,000 penonton dari Singapura, Malaysia, Indonesia dan Brunei menyaksikan dirinya beraksi di Singapura

Ella atau nama sebenar, Nor Zila Aminuddin, 57 tahun, merakamkan penghargaan kepada peminat termasuk penganjur konsert, LOL Asia atas kejayaan itu.

“Terima kasih kepada peminat dan penganjur kerana sentiasa percaya dan sokong saya. Konsert ini meninggalkan kenangan dan menjadi sebahagian daripada persembahan saya yang paling ikonik,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan LOL Asia.

Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Singapura menyaksikan penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang, itu menyampaikan seleksi lagu hit seperti Sembilu, Pengemis Cinta, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Rindu, Pedih dan banyak lagi.


Turut menghiburkan peminat pada konsert itu adalah Datuk Amy Search dan Kaka Azraff. Konsert itu dikemudi pengarah muzik, Datuk Acis.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), LOL Asia, Encik Rizal Kamal, berkata kejayaan itu membuktikan Ella berada dalam kelas tersendiri sebagai penyanyi rok.

“Kami bangga dapat menjayakan konsertnya di Singapura. Semua lagu Ella malar segar. Tenaga yang diberi penonton sangat luar biasa... Dua malam yang sangat menakjubkan,” katanya.

Sebelum ini, Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Kuala Lumpur menerima pengiktirafan ‘Tiket Konsert Paling Banyak Terjual: 10,000 Tiket dalam 24 Jam’ oleh Buku Rekod Malaysia (MBOR), Jun lalu.


Ella dijangka meneruskan siri jelajah ketiga Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota di Spice Arena, Bayan Lepas, Pulau Pinang, pada 28 Oktober depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >