Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gerai bunga konvokesyen di Shah Alam tarik minat pelawat

Jan 07, 2024 | 05:31 AM



Semasa lawatan kerja ke Selangor, Malaysia baru-baru ini, saya serta rakan setugas Wartawan Media Sosial, Ameerah Sallehuddin, dan Ketua Gaya Hidup Berita Harian (BH), Haryani Ismail, telah berkunjung ke The Great Coffee Club iaitu antara kafe baru yang tular di aplikasi TikTok.


Kafe yang dimiliki pengacara, Awal Ashaari, menawarkan kopi yang mempunyai pelbagai perisa unik seperti campuran sirap ros, strawberi serta mempunyai menu makanan bersama kolaborasi jenama Pasta Panas.

Terletak di Seksyen 13, Shah Alam, pada mulanya saya tidak tahu ia bertempat di sebuah kawasan ‘bandar universiti’ kerana berhampiran dengan Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU). 

Namun, Awal pernah berkongsi dalam satu laporan bahawa pemilihan lokasi bagi kafenya menepati permintaan pelajar yang ingin beristirahat selepas penat belajar atau tamat kuliah.

‘Bandar universiti’ merujuk kepada kawasan bandar yang terletak berhampiran dengan sebuah universiti dan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut selalunya bertugas atau menuntut di universiti tersebut.

Kedai-kedai di kawasan itu turut memenuhi permintaan dan keperluan pelajar yang tinggal di asrama berdekatan. Antara ‘bandar universiti’ yang popular termasuk kawasan Edae di Korea Selatan yang berdekatan Universiti Perempuan Ehwa dan bandar Leiden di Belanda tempat terletaknya Universiti Leiden.

Semasa menikmati kopi yang menyegarkan di kafe itu, kami terpandang deretan gerai di tepi jalan yang menjual bunga yang dihiasi dengan tema tamat pengajian. 

Tidak terlintas di ingatan kami bahawa lawatan kami bertempatan musim konvokesyen di Malaysia. 

Menariknya, gerai-gerai sepanjang jalan tersebut menggunakan but kereta mereka sebagai ruang untuk mempamerkan jambangan bunga yang telah dihiasi dengan begitu teliti.

Kelihatan beberapa pelanggan yang membeli jambangan bunga itu daripada kereta mereka seperti membeli makanan daripada kedai makanan segera dengan cara pandu lalu atau ‘drive-thru’. 

Mentelah, para peniaga turut sibuk mempromosikan bunga yang dijual semasa lampu isyarat jalan raya di situ masih merah.

Sejujurnya, ini merupakan kali pertama saya melihat gerai bunga seperti itu dan persamaan yang saya dapat gambarkan merupakan deretan penjual bunga semasa mengunjungi tanah perkuburan di Singapura. 

Saya berasa sangat teruja dan tertarik dengan deretan gerai bunga itu lantas mengajak rakan setugas untuk menjenguk deretan gerai itu dengan lebih dekat. 

Terdapat pelbagai variasi jambangan bunga yang telah dibungkus mengikut cita rasa para pelanggan. Ada juga yang dihiasi dengan belon mini dan anak patung beruang yang memakai gaun ‘graduation’. 







Kami disambut mesra oleh Cik Qaseh Maria, 42 tahun, salah seorang peniaga bunga di situ.

Cik Maria yang telah mempunyai perniagaan bunganya dalam talian selama lima tahun berkongsi bahawa beliau akan mengunjungi tapak-tapak berbeza berdekatan universiti untuk menjual bunga semasa musim konvokesyen. 

Selalunya setiap majlis konvokesyen akan berlangsung selama beberapa hari dan Cik Maria akan membawa sebanyak 50 jambangan bunga setiap hari. 

Mendapat inspirasi dan ilham untuk menjual bunga bagi majlis konvokesyen selepas melahirkan anaknya, Cik Maria turut berkongsi bahawa beliau mendapat bekalan bunga segar setiap minggu daripada ladang di Cameron Highlands. 

Untuk memenuhi permintaan, Cik Maria turut menjual jambangan bunga yang diperbuat daripada bunga tiruan supaya ia boleh tahan lebih lama.

Saya berasa kagum melihat kesungguhan Cik Maria dan para peniaga bunga yang lain kerana gigih berniaga walaupun di bawah terik matahari. 

Lawatan kami di gerai bunga Cik Maria diakhiri dengan kami bertiga menerima sejambak bunga tiruan yang dipilih khas oleh Cik Maria untuk dibawa pulang ke Singapura. 

Pastinya, ia merupakan satu pengalaman manis yang saya tidak dapat lupakan semasa lawatan kerja di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >