Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Bella Astillah: Kemanisan bersabar, kebenaran akan datang sendiri

Pelakon sudah temui Sarah Yasmine sebelum beliau dedahkan dirinya kekasih Aliff Aziz
Apr 24, 2024 | 04:49 PM



PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengaku sudah berjumpa wanita yang mendakwa menjadi kekasih suaminya, Aliff Aziz, iaitu Sarah Yasmine.

Mereka bertemu di Kuala Lumpur sebelum pendedahan Sarah dimuat naik dalam Instagram (IG) baru-baru ini.

Justeru, Bella, yang nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, berkata beliau tidak terkejut dengan pendedahan Sarah, lapor BH Online (Malaysia).


Bella juga berkata Sarah adalah salah seorang daripada 11 kekasih Aliff.

“Saya tak terkejut sebab itulah wanita dalam senarai kekasih Aliff pernah disebut sebelum ini. Kan saya letak ‘recorder’ (peranti perakam suara) dalam kereta, jadi saya tahu siapa wanita itu.

“Cumanya, saya tak tahu secara terperinci apa yang diceritakan itu. Tapi, saya rasa inilah kemanisan untuk orang yang bersabar dan kebenaran akan datang dengan sendiri.

“Sebenarnya, saya sudah ke arah ‘move on’. Saya bekerja dan gembira dengan anak-anak.

“Bila perkara ini datang terkejut juga, tapi pada masa sama, saya rasa Allah hendak permudahkan,” kata Bella ketika ditemui di rumah terbuka Universal Music di sebuah hotel di sini pada 24 April.

Sebelum ini, Sarah mendakwa menjadi kekasih Aliff, sekali gus membuka episod baru tentang kecurangan pelakon asal Singapura itu.

Menerusi pendedahan yang dimuat naik dalam IG, Sarah, yang dipercayai adalah kelahiran Singapura, juga mendakwa Aliff dipergunakan oleh pelakon Ruhainies.

Pada masa sama, Bella berkata beliau berjumpa Sarah seminggu lalu wanita itu berkeras mahu menjelaskan isu itu kepadanya.

“Sarah cari saya dulu, dia hubungi dan mesej di WhatsApp. Kemudian kami berjumpa kira-kira seminggu lalu.

“Sebab itu jugalah saya dan Sarah saling mengikuti satu sama lain di Instagram,” ujar Bella.

Kontroversi rumah tangga Aliff dan Bella tercetus lagi selepas Aliff ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah di sini pada Mac lalu.

Tidak tahan kerap menjadi mangsa curang dan mendakwa Aliff melakukannya sebanyak 11 kali, Bella memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mac.

Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, berusia tujuh dan empat tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >