Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Ibu Norish Karman meninggal dunia

Norish, pelakon asal S’pura, ulang alik JB jaga ibu yang tenat sebelum ini
Jun 02, 2023 | 10:24 AM



IBU kepada pelakon dan pengacara Norish Karman, Cik Sherifah Salmah Syed Ali Aljunied, 77 tahun, menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 4.08 petang Khamis.

Norish berada di Singapura untuk menjaga ibunya yang sebelum ini sakit tenat akibat terjatuh.

Bersama Norish ialah kesemua lapan anaknya, yang terdiri daripada empat anak kandung dan empat anak angkat.

Keluarga itu berangkat dari kediaman mereka di Kuala Lumpur dan menginap di sebuah apartmen kecil di Johor Bahru, sementara Norish berulang alik ke Singapura menziarah ibunya sejak 12 hari lepas.

Semasa ditemui Berita Harian, beliau menceritakan nasibnya di perantauan, termasuk cabaran membesarkan anak sebagai ibu tunggal.

Beliau kelihatan penat setelah lebih seminggu menjaga ibunya yang tenat di Hospital Khoo Teck Puat.

Artis kelahiran Singapura ini pernah hidup dalam serba kemewahan apabila beliau berkahwin dengan seorang usahawan di Malaysia. Namun, panas tak sampai ke petang, dan perkahwinannya itu berakhir setelah sepuluh tahun bersama.

“Ramai sangka saya kahwin dengan Datuk, sebenarnya saya berkahwin dengannya sebelum dia berpangkat Datuk,” kata Norish.

Peluang berlakon makin berkurangan dan ibu tunggal ini pernah mengusahakan bisnes kafe untuk menampung hidup keluarganya. Covid-19 menyulitkan keadaan bisnesnya sehingga terpaksa ditutup.

Dalam menghadapi cabaran itu, beliau telah mengambil anak angkat, dan selama ini, tidak pernah menceritakan tentang latar belakang mereka dan ramai yang tertanya-tanya.

“Saya dapat panggilan memberitahu saya tentang empat beradik di sebuah kampung yang tidak berkeluarga. Ibunya ditahan untuk kesalahan penyalahgunaan dadah, dan bapa mereka pula tidak diketahui di mana,” kata Norish.

Menurut Norish, anak-anak itu tidak dapat ditempatkan di mana-mana rumah anak yatim, dan tidak rela dipisahkan, jadi Norish sendiri mengambil keputusan untuk menjaga mereka sejak Jun 2020. Waktu itu, anak angkat yang paling kecil, Hazra baru berumur 12 bulan, dan yang sulung, Hasbi berumur 9 tahun.

Namun realitinya, hidup mereka sempit dan kais pagi makan pagi. Norish pernah mengendalikan bisnes katering makan, tetapi bisnes itu juga terjejas dek Covid-19.

“Kalau diberi peluang, saya ingin berlakon, mengacara atau menyanyi lagi untuk menyara hidup. Anak-anak dah besar, dan ini saja yang boleh saya buat untuk mencari rezeki,” jelas Norish.

Secara kebetulan, drama baru yang dilakonkannya akan disiarkan di TV3 pada malam Khamis. Drama ‘Perempuan Itu’ telah dirakamkan sebelum Covid-19 tetapi hanya dapat disiarkan sekarang disebabkan kontroversi tentang jalan cerita dan perlu mendapatkan kelulusan dari JAKIM.

Norish yang terkesan dengan pemergian ibu tercinta berkongsi ibunya adalah antara segelintir yang menyokong keputusannya menjaga anak-anak angkat itu walaupun khuatiri keadaan kewangan anaknya.

Jenazah ibu Norish akan diuruskan pada pagi Jumaat di kediaman orang tuanya di Blk 168 Woodlands Street 11.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >