Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hirup angin malam, saksi cahaya seni kaya warisan

Aug 23, 2023 | 05:30 AM



Kawasan Bras Basah Bugis (BBB) Singapura bergemerlapan dengan simfoni cahaya, seni dan sejarah yang mencetus rasa teruja bagi pengunjung Pesta Malam Singapura (SNF) 2023.

Dianjurkan Lembaga Warisan Negara (NHB), pesta pada 2023 membawa saya mengimbas semula waktu dan ruang masa yang wujud pada era silam.

Lantas, ia membuatkan saya terpesona dengan transformasi dinamik Singapura dari kota pelabuhan yang penting ke bandar metropolis moden sekarang.

Dengan tema Singapore, the Great Port City (Singapura, Kota Pelabuhan Hebat), SNF 2023 menawarkan lebih 50 seni pemasangan menarik, daripada kerja seni pemetaan unjuran yang dipancar pada permukaan bangunan Muzium Negara kepada seni pemasangan dengan kerdipan cahaya lampu yang menawan.


Turut disajikan adalah persembahan memukau dan lawatan yang mencetus inspirasi.

Sambil menghirup angin malam, anda akan dapat rasakan pengalaman menakjubkan. Kawasan BBB berkilauan dengan seni kreatif di samping mengajak anda menebar imaginasi ke satu zon yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

Salah satu segmen yang berupaya menarik perhatian adalah pameran ‘Time is a Black Circle’ oleh Dawn Ng, yang membawa saya kembali ke suasana pusat disko yang popular pada era 60-an dan 70-an.







Pameran itu mengetengahkan sebuah gelanggang luncur tertutup yang disediakan di Teater Galeri, Muzium Negara Singapura, dengan lagu-lagu lama dendangan kumpulan Beatles yang dimainkan di latar belakangnya.

Saya mendapati diri saya ‘melungsuri’ masa melalui sebuah portal ke zaman disko masa lalu, dengan lampu berwarna psikedelik dan juga prop berasap yang menghidupkan kembali era ibu bapa saya yang melalui era disko.

Jika mempunyai lebih masa, sudah tentu saya akan cuba melungsur di gelanggang itu dan menikmati suasana dan lagu-lagu lama yang dimainkan.

Justeru bagi sesiapa yang ingin mencuba kegiatan ini, mereka boleh membuat tempahan dalam talian dan membayar $27 bagi sesi 25 minit. Sepatu roda disediakan namun pengunjung harus membawa stoking panjang sendiri.

Kerja seni pemetaan unjuran yang dipancarkan pada permukaan bangunan Muzium Negara berjudul ‘700 Years’ turut menarik perhatian saya.

Ia dihasilkan bersama penulis pentas Zizi Azah Abdul Majid, pelukis ilustrasi Muhammad Izdi, dan artis digital Jérémie Bellot.

Karya visual itu membawa saya dalam perjalanan enam minit sejarah bandar pelabuhan Singapura.

Pendekatan naratif teater digunakan dalam kerja seni pemetaan unjuran itu dan saya dapat menyaksikan evolusi kota ini selama tujuh abad dalam bentuk yang amat menarik dan mengagumkan.

Saya juga berpeluang meninjau empat seni pemasangan lain yang menyatukan seni dan teknologi.

Seni pemasanganA Stone’s Throw (Away)oleh Kumpulan WY-TO, yang terletak di luar Muzium Negara menceritakan kisah Badang yang telah menjadi kuat setelah memakan muntah raksasa.


Seni interaktif ini membolehkan pengunjung berdiri berdekatan seni pemasangan tersebut untuk menyalakan lampunya bagi menyaksikan lukisan di permukaan pemasangan tersebut.







Tidak jauh dari kawasan itu, ‘Rimbun’ oleh Shakir (a.k.a Grasshopper), menawarkan pancaran lampu yang terdapat pada daun-daun bermotif batik dan juga ukiran kayu.

Ini memberikan pengalaman psikedelik yang menarik dan unik serta peluang bergambar yang tidak harus dilepaskan.

Pesta itu bukan sahaja satu nikmat visual, bahkan acara yang mesra keluarga. Zon keluarga yang disediakan di Fort Canning Rise merupakan hasil kerjasama dengan Muzium Kanak-Kanak Singapura.

Golongan muda dan tua dapat merasakan keajaiban flora dan fauna yang menambahkan seri Singapura.

Kawasan festival di Chijmes juga menjadi tarikan bagi kerja seni pemetaan unjuran oleh Ashley YK Yeo, Chris Chai (Cosmicchai) dan Sadiq Mansor (249.png) di permukaan bangunan Chijmes.

Bagi mereka yang mencari kegiatan yang menggabungkan seni, budaya, dan sejarah evolusi kota Singapura, SNF adalah acara yang harus dikunjungi.

Keterangan lanjut mengenai aplikasi web Night Walk, dan tempahan tiket boleh diperolehi menerusi laman http://go.gov.sg/sgnightfest




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >