Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Hot Seat’ terisi dengan 6 bintang yang ingin perbaiki persembahan

Sep 26, 2023 | 05:30 AM



Sewaktu menyertai Gegar Vaganza (Musim 5) pada 2018, vokalis kumpulan Slam, Zamani, kini 52 tahun, mengingati betapa beliau tidak sihat dan tidak mampu mengeluarkan suara dengan jelas sehingga beberapa kali persembahannya terhenti dan terasa hambar.


Justeru, beliau berterima kasih kerana diberi peluang kedua oleh peminat untuk bertanding di pentas All Stars Gegar Vaganza setelah menerima undian paling banyak dalam kalangan peminat dan warganet bagi segmen ‘Hot Seat’ yang diperkenalkan untuk sama-sama mewarnai gelanggang vokal di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) setiap Ahad selama 12 minggu.


Selain Zamani, lima lagi finalis GV bagi beberapa musim berbeza iaitu Tomok, Suki Low, Nikki Palikat, Liza Hanim dan Ezad Lazim juga antara yang bertuah kerana kembali bersaing kekuatan vokal dan kreativiti pentas atas permintaan peminat mereka yang teruja mengundi.

Menurut Astro, sebanyak sejuta undian diterima dari Malaysia dan Singapura.

Kata Zamani yang mempunyai masalah tulang belakang yang bengkok dan sudah menjalani pembedahan:

“Saya harap saya dapat berikan yang terbaik memandangkan keadaan kesihatan saya beransur pulih. Dulu, sewaktu GV5, memang payah nak nyanyi. Saya tak janji apa-apa tetapi saya berusaha berikan yang termampu untuk peraduan kali ini.”

Enam peserta ‘Hot Seat’ ini akur masa yang diberikan terlalu suntuk iaitu antara empat hari dengan seminggu untuk berlatih dan menetapkan ‘mode’ pertandingan seperti dahulu. Mereka juga diminta merahsiakan penyertaan daripada pengetahuan media kerana peserta hanya diumumkan kepada orang ramai pada malam konsert pertama diadakan iaitu Ahad.

Kata Liza Hanim, 43 tahun:

“Apabila media bertanya, saya bukan bermaksud nak menipu. Awalnya, memanglah tak tahu pun saya bakal bertanding. Apabila dah dapat tahu, saya terpaksa bohong sunat sebab tak dapat nak cerita panjang sampailah hari konsert pertama diadakan.

“Saya bersyukur dengan peluang yang diberikan. Terima kasih buat semua yang mengundi saya. Dahulu, semasa saya masuk GV4 iaitu pada 2017 atau enam tahun lalu, umur baru 38 tahun. Sekarang nak masuk 44 tahun.

“Mestilah mutu suara berbeza dan tahap stamina juga. Tapi saya akan cuba berikan yang terbaik. Ini peluang untuk memperbaiki dan menaiktarafkan persembahan... mana-mana yang kurang, kita cuba perbaiki dan nak belajar lagi. Saya pula jenis yang ‘bedal’ sahaja.”

Nikki, 37 tahun, pula menambah:

“Semasa dapat panggilan telefon daripada pengurus saya, macam nak kena sakit jantung pun ada. Terkejut sebab masa untuk berlatih dah tinggal beberapa hari. Debaran pastinya terasa tetapi saya akan berikan sebaiknya.”

Suki, 33 tahun, yang dikenali kerana kreativiti persembahan bagi setiap minggu pertandingan GV8, berkata:

“Suki bersyukur kerana dapat berkongsi pentas dengan artis yang bukan calang-calang, termasuk mereka yang Suki hormati dan minati seperti Kak Liza Hanim. Saya adalah peserta terakhir yang diberitahu tentang penyertaan saya dalam All Stars Gegar Vaganza. Jadi masa nak berlatih tu suntuk. Nak berlatih pun perlu senyap-senyap.”


Pada akhir konsert minggu pertama, Liza terbukti masih ‘bertaring’ dan mendapat markah 79 peratus di tangga kedua. Nikki pula berada di tangga keempat dengan 71.25 peratus.

Datuk Syafinaz Selamat, selaku juri pertandingan pula melahirkan rasa kagum dan gembiranya melihat peserta seperti Suki yang pernah beliau adili dalam peraduan One In A Million (OIAM) kian matang dan masih lagi aktif dalam industri hiburan Malaysia. Suki merupakan juara OIAM (Musim Pertama) pada usia 17 tahun.


Pemilihan enam peserta ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat GV. Ada juga warganet yang bersedih kerana bakat bersuara emas seperti Shila Amzah dan Farahdhiya tidak tersenarai.

Bangzuhri dalam hantaran X bertanya:

“Mengapa pilih peserta yang senang nak dikalahkan (bagi ‘Hot Seat’)? Mereka harus pilih Farahdhiya. Suaranya hebat dan boleh atasi bintang lain. Hairan betul.”

MintaMoon pula menambah:

“Saya rasa beberapa tempat ‘Hot Seat’ terbuang begitu sahaja. Senanglah kerja juri. Tempat diberi kepada mereka yang awal-awal lagi sudah diminta ucap selamat tinggal kerana persembahan tak bermutu langsung dan suara ‘ke laut’. – HARYANI ISMAIL




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >