Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kian matang, kian dahaga ilmu

Wahyu tak ‘HILANG’ semangat cipta diri untuk teroka TV Sarawak
Jun 25, 2023 | 05:31 AM



Tekad yang disematkan dalam hati pelakon, penerbit dan penulis skrip Singapura, Wahyu Rahman, adalah semangat tidak mudah berpuas hati, sentiasa memburu ilmu dan mencipta semula diri sendiri.

Ini yang menjadikannya antara selebriti setempat 40 tahun ke atas yang sentiasa kekal relevan dalam kerjaya selaku karyawan televisyen.

Selepas lakonannya sebagai watak antagonis dalam beberapa drama sosial mendapat respons yang baik kerana ramai menganggapnya cukup realistik, Wahyu kini lebih dikenali sebagai penerbit dan penulis skrip syarikat Elements Pictures yang dibangunkannya bersama suaminya, pelukis dan pengarah Adi Yadoni.

Baru-baru ini, program terbitan mereka yang menyelongkar khazanah warisan Melayu yang dikhuatiri pupus atau sudah lenyap, Hilang, memenangi Anugerah Program Informasi Terbaik pada Pesta Perdana 2023.


Wahyu pula dinobatkan sebagai Penulis Skrip Terbaik (Informasi) bagi musim pertama Hilang yang menampilkan dua pempengaruh sosial, Zhin Sadali dan Farah Lola sebagai pengacara.


Lebih menarik lagi bagi 2023, Wahyu dan Adi mengusahakan telefilem dalam dialek Sarawak sempena Lebaran untuk siaran di TVS (TV Sarawak) yang boleh ditonton menerusi platform Astro dan myFreeview, Sewa Untuk Raya.


Ketika ditemui Berita Minggu (BM) di Hotel JW Marriott Singapore South Beach, Wahyu berkata:


“Saya selalu mencari perkara baru dalam dunia kreatif untuk dicuba. Kadangkala apabila berlakon dan kerap diberi watak yang sama dan distereotaip, saya mengusahakan perkara lain untuk menambah ilmu, memperkaya pengetahuan dan memperkasa diri.

Hilang adalah projek menjunjung warisan yang saya dan Adi teruja dapat teroka. Sebab tidak banyak bahan kajian yang boleh ditemui tentang warisan kita dalam talian atau secara fizikal.


“Orang kita lebih suka berkongsi secara lisan dan bukan tulisan. Masa kami dihabiskan dengan meluangkan masa bersama golongan seperti Orang Laut yang ramai daripada kita sangka hanya unsur sejarah lama. Rupanya masih ada anak cucu Orang Laut yang terus mengamalkan kegiatan warisan atau kecenderungan datuk moyang mereka.

“Saya dan Adi harap Hilang dapat dijadikan bahan rujukan dalam kita menjejak warisan kita yang dikhuatiri pupus dan hilang.”


Banyak yang perlu Wahyu dan pasukannya lakukan dengan segera untuk ketengahkan bahan sejarah dan kisah-kisah menarik dalam budaya Melayu dalam cara yang mesra dengan Generasi Z atau milenial.

Kita tahu ini topik berat dan membosankan. Kita cuba mendekatkan anak muda dengan topik warisan ini menerusi TikTok, aplikasi yang mereka suka gunakan. Dari situ, mereka boleh didorong mencari lebih maklumat lagi tentang isu yang dibentangkan.


“Kami juga menggunakan Zhin dan Farah yang tidak begitu dikenali masyarakat Melayu. Mereka boleh menarik budak TikTok dan Instagram sebab sudah ada pengikut sendiri.

“Gembira rasanya apabila Hilang dapat menjadi program silang generasi yang menarik nenek, emak dan cucu untuk duduk bersama setiap Khamis bagi menontonnya,” jelas Wahyu.


Mengenai projek menyeberangi sempadan bahasa dan negara, Sewa Untuk Raya, Wahyu menjelaskan penerbit eksekutif di Sarawak menonton Hilang dan tertarik dengan beberapa penerbitan Elements Pictures sebelum ini.


“Seperti biasa, kami kemukakan usulan kami untuk telefilem Hari Raya ini. Idea kami diterima dan telefilem itu mendapat ‘rating’ tertinggi dengan tontonan 20,000 hingga 30,000 orang yang didapati terus menonton telefilem itu tanpa bertukar saluran.

“Ia adalah satu pencapaian menggalakkan buat kami sebab ini kali pertama bikin untuk TVS dan saya sendiri perlu belajar dialek orang asli di Sarawak. Bagi saya, setiap pengalaman menghasilkan program untuk stesen lain membawa ilmu.

“Kami berulang-alik dari Singapura ke Sarawak selama empat lima bulan. Sekarang ini, kami diminta memikirkan program lain untuk TVS di samping mencari bahan kajian yang harap-harap dapat kami jadikan inti untuk projek Hilang (Musim Ketiga) jika ada perancangan ke arah itu,” ujarnya.


Hilang ternyata memberi ruang buat Wahyu dan Adi membina rangkaian kenalan dan mereka diundang untuk menyertai satu pertemuan diaspora Jawa di Yogyakarta.


“Daripada pertemuan sebegini, kami akan dapat buat kajian, bina rangkaian kenalan dan ketahui lebih lagi tentang masyarakat di luar Singapura yang berkongsi rumpun bangsa,” katanya.

Mengenai visinya buat dunia televisyen Melayu Singapura, Wahyu menjelaskan beliau berharap bakat baru dengan kemahiran yang baik, serba boleh dan fleksibel boleh dijana.

“Dalam dunia baru di mana arus digital menguasai, kita harus lebih maju memikirkan apa yang penonton masa kini kehendaki. Kalau kita tiada stamina untuk mengekalkan sesebuah siri, payah untuk bergerak pantas di alaf digital.

“Idea tak semestinya baru. Begitu juga dengan program. Sekurang-kurangnya kita dapat beri nafas baru kepada konsep yang lama. Minda kita selaku penjana kandungan perlu matang dan segar.

“Kita perlu tahu trend semasa dari segi dialog juga apabila bikin drama atau program infopendidikan. Perbaharui visi dan matlamat kita dalam kerjaya televisyen ini. Kalau boleh gunakan kredit SkillsFuture, terus pertingkatkan diri dan ilmu pengetahuan kita.

“Saya sendiri masih belajar mempertingkatkan kemahiran dan pengetahuan saya. Memang minat nak cuba bikin kandungan untuk saluran bukan Melayu tetapi buat masa ini, baiklah fokus pada saluran Melayu kita sebab banyak lagi yang nak diusahakan,” tambahnya yang juga pernah menjadi konsultan imej untuk Astro sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >