Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Lochestra’ semarakkan muzik Alif Satar & The Locos

Aug 17, 2023 | 05:30 AM



Pelakon popular, pengacara dan penyanyi Alif Satar bakal menggegarkan Dewan Filharmonik Petronas (DFP) yang bertempat di Menara Berkembar Petronas KLCC, Malaysia.

Alif, 32 tahun, akan beraksi bersama kumpulan The Locos dalam konsert yang dinamakan Lochestra: Alif Satar & The Locos dan turut diiringi oleh barisan pemuzik orkestra berpengalaman daripada Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) di bawah pimpinan pengarah muzik mapan, Ahmad Muriz Che Rose.


Lebih menarik lagi, kumpulan itu akan diiringi oleh 60 anggota MPO.

Konsert gah itu dianjurkan sempena menyambut 25 tahun penubuhan DFP dan merupakan langkah berterusan pihak penganjur untuk menghargai bakat setempat dari dalam dan luar negara serta mempamerkan pelbagai genre muzik bermutu bagi santapan halwa telinga pelbagai lapisan masyarakat.

Barisan artis dan nama besar yang pernah bekerjasama dengan MPO termasuk Datuk M. Nasir, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan Datuk Sheila Majid.


Penyanyi legenda Singapura, biduanita Sanisah Huri, juga pernah mengadakan konsert di DFP dan diiringi irama simfoni MPO dalam konsert Raya Sepanjang Zaman tahun ini.


Ditukil dalam satu wawancara, Ahmad Muriz berkata bahawa pemilihan Alif Satar & The Locos untuk konsert kali ini dibuat kerana pihaknya mahukan kelainan serta variasi persembahan di DFP yang sebelum ini lebih sinonim dengan muzik klasik dan serius.

Kumpulan Alif Satar & The Locos ditubuhkan pada 2018 dan dianggotai oleh Tam Cobain (gitar), Efry Arwis (bes), Rajwan Juni (dram) dan Faliq Auri (saksofon).

Kumpulan itu telah membuat pelbagai persembahan di dalam dan luar negara termasuk di United Kingdom dan Singapura. Mereka turut merakamkan lagu dwibahasa, I Want You To Love Me dan rakaman semula lagu hit kumpulan Raihan berjudul Sesungguhnya pada 2019.


Di konsert itu nanti, mereka akan mempersembahkan rangkaian lagu hit dalam interpretasi simfoni, antaranya, Hey!, Cukup Indah, Toxic, Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Sesungguhnya Aku dan banyak lagi.


Konsert bermula pada 8.30 malam dan harga tiket bermula daripada RM155 ($46). Untuk sesi meet and greet pula, pembeli perlu menambah RM200 bagi setiap kategori. Harga Suite pula bermula daripada RM555 dan RM655.


Hubungi talian +603-2331-7007, e-mel boxoffice@dfp.com.my atau layari laman www.dfp.com.my untuk tempahan tiket.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >