Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Manisnya Syawal bila ada ‘peneman hidup’

Apr 22, 2024 | 09:34 AM



KUALA LUMPUR: Selama 17 tahun pelakon dan pengarah Sabri Yunus menyambut Hari Raya hanya bertemankan anak-anak selepas pemergian isteri tersayangnya, Allahyarham Noraya Mohd Yusuf, yang tewas akibat penyakit barah pada 2007.

Namun, kini Sabri beraya dengan lebih bermakna dengan kehadiran insan baru dalam hidupnya.

Sabri, 62 tahun, dan isterinya, Ardini Angeline Tan, 57 tahun, menyambut Aidilfitri buat kali pertama sebagai pasangan suami isteri di Kota Bharu, Kelantan.

Cukup indah buat pasangan yang pernah mengecapi populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu apabila pulang ke kampung halaman bertemu keluarga dan sanak-saudara, lapor BH Online (Malaysia).


Sabri berkata bukan beliau sahaja yang teruja dapat membawa pulang pasangannya, malah anak-anak, ibu dan adik-beradiknya turut seronok menyambut kehadiran Angeline dalam keluarga mereka.

“Pastinya Syawal kali ini berbeza selepas 17 tahun. Tentunya saya seronok ada peneman hidup, anak-anak pula dapat ibu baru. Emak saya dapat menantu, manakala adik-beradik ada kakak ipar.

“Seperti lazim, kami sekeluarga pulang ke Kelantan. Selepas arwah isteri meninggal dunia, kami akan pulang ke Kelantan untuk beberapa hari, sebelum saya kembali bekerja.

“Soal persiapan, saya bukanlah seorang yang beriya-iya meraikan Hari Raya sejak dahulu.

“Saya tidak pernah tukar langsir, bukan tak pernah tukar langsung, tetapi tak pernah tukar sebab hendak Raya.

“Raya mungkin besar dan meriah bagi orang lain, tetapi untuk saya, lebih senang menyambutnya dengan ala sekadar sahaja,” kata Sabri.

Sabri mengakui tahun ini sudah tentu beliau ada persediaan Raya memandangkan kini sudah beristeri.

“Selama ini tradisi kami tidak terlalu membesarkan sambutan Hari Raya, cuma akan balik kampung. Aidilfitri ini ibarat nostalgia dan apa ertinya Raya jika tak balik kampung.

“Selepas 17 tahun tanpa isteri, orang pun tak datang ke rumah sebelum ini.

“Cuma, dengan kehadiran Angeline ada yang nak berkunjung, jadi kami persilakan. Apa pun, pintu rumah sentiasa terbuka,” kata pelakon dan pelawak popular itu.

Bagi Angeline, ini kali pertama beliau menyambut Hari Raya sebagai seorang saudara baru dan berstatus seorang isteri.

Tapi seperti suaminya, Angeline berkata beliau memilih untuk bersederhana dalam segala perkara.

Tak nafikan, Angeline teruja meraikan Aidilfitri di kampung halaman suami, namun beliau memilih tidak membazir dalam melakukan persiapan.

“Saya serahkan apa yang patut dibeli kepada anak-anak dan menantu. Saya biarkan buat ikut cita rasa mereka.

“Saya memang tak beli pakaian baru. Saya sarung sahaja baju yang jarang dipakai atau belum pernah dipakai dalam almari.

“Saya tak kisah pakai baju lama. Bagi saya, Aidilfitri bukanlah hari untuk berbelanja besar.

“Aidilfitri hari untuk kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa dan masa bersama keluarga dan sanak saudara, jadi tak perlulah sampai membazir.

“Malah, anak-anak sudah terbiasa begitu, jadi kami lebih selesa meraikannya secara sederhana,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >