Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Natalie Portman cerai kerana suami curang

Aug 15, 2023 | 03:40 PM



Selepas 11 tahun berkahwin, aktres Natalie Portman akhirnya berpisah dengan suaminya, Benjamin Millepied, gara-gara kehadiran orang ketiga.

Menurut laporan Us Magazine, Millepied, 46 tahun, diketahui telah menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita sehingga membuatkan Portman, 42 tahun, tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka.


“Benar saya dan suami telah berpisah pada Jun lalu gara-gara orang ketiga. Saya telah berusaha untuk mempertahankan rumah tangga kami, namun keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya.

Berita perceraian aktres yang dikenali kerana watak Padme Amidala dalam francais filem Star Wars dapat dihidu pihak media selepas Portman dilihat tidak lagi memakai cincin perkahwinan sewaktu menghadiri acara Angel City FC di Sydney, Australia, pada bulan lalu.


Menurut laporan Us Magazine, wanita yang dikatakan menjadi punca kehancuran rumah tangga Portman dan Millepied adalah Camilla Etienne, seorang aktivis alam sekitar Perancis berusia 25 tahun.


Portman dan Millepied ini mempunyai anak lelaki bernama Aleph, 12 tahun, dan anak perempuan bernama Amalia, enam tahun.

“Pada awalnya, Natalie menyangka hubungan sulit Benjamin hanya sekejap sahaja dan tidak bermakna apa-apa padanya. Dia terpukul dan rasa direndah-rendahkan martabatnya sebagai wanita.

“Dia cuba mendapatkan keyakinan semula daripada Benjamin. Dia tak nak anak-anaknya membesar dalam sekitaran rumah tangga berantakan dan terpisah,” ujar sumber terdekat Portman.

Satu lagi sumber menambah Portman tidak pasti hubungannya dengan Millepied akan kembali utuh selepas skandal itu.

Millepied dikatakan menyesali tindakannya dan cuba memperbaiki keadaan walaupun Portman sudah tawar hati.

Mereka berdua bertemu pada 2009 ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran filem ‘thriller’ Black Swan.


Pada masa itu, Portman memang mabuk cinta kerana tertawan dengan sikap romantis Millepied sewaktu mengajarnya menari balet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >